Skip to main content

Nostalgia Desa 2024 | Berbuka Puasa Di Farm In The City Seri Kembangan

Molfix Jenama Lampin Dipercayai Ibu Bapa

 Baru- baru ini jenama lampin kegemaran ibu bapa, Molfix telah menyambut ulang tahun yang pertama. 

Walaupun baru setahun diperkenalkan, jenama Molfix telah menjadi pilihan utama dan dipercayai jutaan ibu bapa di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.

Direka Lembut Untuk Kulit Bayi

Lampin pakai buang Molfix direka khas untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif. Terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Molfix Natural dengan bahan khusus seperti gentian buluh dan kapas organik. Menurut pakar dermatologi dari Eropah, kedua-dua bahan ini mampu memberi rasa lembut dan sentuhan mesra kulit. Lampin ini juga mampu menampung kencing bayi dan kekeringan sehingga 14 jam.

Kategori Molfix Extra Dry juga mampu memberikan daya serap unggul dengan teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan cepat dan mudah.  Kulit bayi kekal kering sehingga 14 jam. Bayi selesa, ibu bapa pun senang hati.

Sebagai seorang ibu, I sangat menitikberatkan keselesaan anak. Penting tau lagi lagi bagi yang ada bayi kecil. Bila rasa basah, bayi akan segera menangis dan timbul pula ruam. Rasa lega bila diperkenalkan dengan jenama ini.

Duta Molfix iaitu pasangan selebriti popular Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berkongsi keterujaan mereka menjadi sebahagian dari jenama terkenal itu.  Mereka sendiri adalah salah seorang dari jutaan ibu bapa yang berpuas hati dan yakin dengan jenama Molfix.

Molfix banyak terlibat dengan organisasi dan rakan kongsi perniagaan seperti hospital, kedai runcit ,pasaran dalam talian dan MITEC Baby Fair 2022. Ha lepas ni mesti lebih ramai kenal jenama ni.

Para ibu bapa yang ingin mencuba boleh dapatkan Molfix di AEON, AEON Retail, Lotus's, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku dan lain-lain serta platform dalam talian.

Hayat Kimya

Hayat Kimya merupakan pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG). Syarikat yang bergerak pantas ini  merupakan pengeluar lampin ke-5 terbesar di dunia. Hayat Kimya komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix. Setakat ini terdapat lebih 4,500 kedai fizikal dan maya.


Comments

  1. xsempat dah merasa pampers jenama ni hihi..ank2 da xpakai pampers..dlu2 selalu cari pampes yg jenis cmni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu