Skip to main content

6 Idea Hadiah Hari Guru 2025

SKEYNDOR JENAMA NO.1 SEPANYOL

Baru baru ini I menghadiri pelancaran produk daripada jenama penjagaan kulit No. 1 Sepanyol iaitu SKEYNDOR. Jenama ini mempunyai sejarah lebih 56 tahun di lebih 55 buah negara. Rasa bertuah bila dapat mengenali antara 15 jenama kosmetik professional utama dunia ni secara eksklusif.

I merupakan antara yang terawal sampai. Majlis yang bertemakan warna ungu, emas dan putih ni tampak sangat eksklusif. Tetamu diberi peluang mencuba beberapa produk di 4 station yang disediakan iaitu SIGHT, SMELL, SOUND & EMOTION, TOUCH dan PHOTO. Dapat juga buat pemeriksaan kulit dan kenalpasti masalah.

Pengedar tunggal SKEYNDOR, Unique Aesthetic menyatakan keterujaan mereka bekerjasama dengan jenama ini. Dengan ideologi " Kosmetik Saintifik", produk kecantikan ini juga menggunakan ramuan yang menyokong kelestarian alam dan sesuai dengan kulit Asia.

Penting untuk kita sedar kepentingan menjaga kulit harus bermula dari rumah seawal usia 20an. Jangan rasa terlalu awal sehingga mengabaikan kesihatan kulit.




Mulakan Penjagaan Wajah Seawal Usia 20an

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, salah satu daripada masalah kecantikan utama yang dihadapi di Malaysia ialah penuaan dan kulit menggeleber. Masalah ini sering terjadi di kalangan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas berikutan gaya hidup yang sentiasa sibuk, amalan pemakanan yang kurang sihat dan mengabaikan penjagaan kulit. Usaha mencegah penuaan haruslah bermula dari rumah. Amalan menjaga kecantikan dan kesihatan seharusnya dijadikan rutin harian seawal usia 20an.

Uniqe Aesthetic telah melancarkan Global Lift V-Shape Lifting Home Care iaitu rawatan malam dan siang untuk memberi kesan penegangan kulit. Menariknya  rawatan ini boleh dilakukan di rumah sahaja selama 15 hari berturut-turut. Set rawatan ini boleh mengurangkan geleberan di bahagian leher dan dafu berlapis. Rangkaian baru ini boleh membantu menangani masalah kulit dan berupaya meningkatkan ketegangan dan keanjalan sambil mengurangkan kedutan leher.

Menarik, bukan? Ramuan istimewa dalam produk ini mempunyai kelebihan teknologi antipenuaan iaitu "ProGEN -In" kit rawatan dirumah ini terdiri daripada 3 produk

1.V-Shape Anti-Gravity Serum
2. V-Shape Anti-Gravity Cream
3. V-Shape Contouring Mask

Ketiga-tiga produk ini menawarkan banyak manfaat termasuk kesan menegang dan mengentalkan kulit serta  merta, mengurangkan dagu berlapis serta memberi kesan bentuk bujur di muka.

Sempena pelancaran eksklusif produk, alat penggelek V-Shape Lifting Roller turut disertakan untuk menghasilkan kesan paling baik bagi rawatan kulit wajah anda.

Di majlis pelancaran tersebut, Cik Margaret Beales, pakar kecantikan antarabangsa dari Sepanyol dengan pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam bidang kecantikan dan penjagaan kulit, berkongsi petua dan maklumat tentang budaya kecantikan Asia dan trend kesihatan kulit.

Sel-sel  akan mula mengalami penuaan seawal umur 30 tahun. Amalan penjagaan kulit lebih awal akan membantu memanjangkan dan mengekalkan kesihatan kulit kita.
Untuk mencapai hasil terbaik dengan Global Lift V-Shape Lifting Home Care daripada SKEYNDOR, sapukan Serum dan Krim dua kali sehari, setiap pagi dan malam. Untuk melengkapi rawatan, gunakan V-Shape Mask sekali seminggu, selepas menggunakan Serum dan sebelum menggunakan Krim. Masker hendaklah diletakkan pada dagu untuk pendedahan selama 20 hingga 25 minit.


Produk SKEYNDOR boleh dibeli di dalam talian di https://skeyndor.com.my atau di salun- salun kecantikan yang menjadi wakil penjual sah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web https://skeyndor.com.my, https://instagram.com/skeyndor_malaysia and https://www.facebook.com



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....