Skip to main content

MATRIX MEMPERKENALKAN KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX

Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam 2023 | Sparkle Journey Of Ramadan

Bukan mudah nak cari buffet Ramadhan yang berharga bawah RM100 tahun ini. Lagi lagi yang menyajikan pelbagai juadah lazat. 

Jom I bawa ke buffet Ramadhan yang menghidangkan pelbagai juadah dengan harga mampu milik



Hari pertama puasa hari tu I berkesempatan berbuka bersama keluarga di The Venue Shah Alam. Terletak di Astana Wedding Place, Seksyen 14. Mudah je nak cari tempat ni rupanya. Ada tempat letak kereta berdekatan pintu masuk jadi tak risau jalan jauh.

Ada beberapa stall di bahagian luar yang menyediakan live cooking Sate, Lamb Grill, Seafood Platter, Apam Balik Jagung, Pasta dan Roti Jala.

 

Untuk Seafood Platter, ada Ikan Keli, Udang dan Sotong  Lala wuuu sedapnya.


Yang paling ditunggu di buffet Ramadhan mestilah Lamb Grilled. Dipadankan dengan Coeslow, Potato Salad dan Blackpepper ,aduh sedapnya.




Di bahagian dalam terdapat banyak lagi pilihan makanan. Bagi yang sukakan nasi, boleh cuba Nasi Beriyani di stall Little India ni. Anak I siap bertambah 2 kali sedap katanya. 

Nak masakam Thai? Boleh cuba Mee Celup yang disediakan. First time I ke buffet yang menghidangkan Mee Celup. Syoknya boleh repeat banyak kali.



Bagi pencinta lauk pauk kampung, jangan risau sebab ada pelbagai pilihan di bahagia  Selera Kampung. 

Ada Ayam Baghdad, Daging Kerutup, Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Cukup rasa, ala ala masakam Mak gitu. Ahhh sedapnya.






Dah kenyang makan, boleh ke bahagian Kecur Liur. Memang betul betul kecur tengok pilihan jeruk yang ada. 


Untuk pencuci mulut, ada pelbagai pilihan seperti aneka kek, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Hijau, buah-buahan dan kuih muih Melayu

Bukan itu je, ada juga disediakan pelbagai pilihan aiskrim. Jangan kata anak-anak, Mak nya pun suka dapat makan aiskrim free flow. 

Bagi pencinta kopi, terdapat stall khas untuk korang. Takde bancuh bancuh 3 in 1 dah, siap ada barista yang akan sediakan kopi.  Harum semerbak bau kopi tau. 




Pelbagai makanan ada disediakan. Pendek kata, amatlah berbaloi dengan harga yang dibayar. 

The Venue juga menyediakan kemudahan seperti

◼ Tempat letak kereta luas
◼ Surau lelaki dan perempuam
◼ Tandas bersih dan selesa
◼ Ruang makan 'fully aircond'

Ha bukan tu je, pengunjung juga berpeluang memenangi hamper dan hadiah utama berupa Modenas Kriss 2023 melalui Lucky Draw yang disediakan. 

Bagi yang ingin berinfaq pun boleh hubungi team The Venue tau. Mudah! 




Jom buat tempahan sekarang di https://buffetramadantvsa.wasap.my/ 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu