Skip to main content

The Natural Cheese Mania Showcase by Real California Cheese

MAHA BUFFET @ MAEPS | BUFFET RAMADHAN TERBESAR MALAYSIA 2023

 Minggu hadapan umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Selain dari mencari peluang beribadah, semestinya kita tak sabar untuk berkumpul bersama-sama ahli keluarga.

Jom bawa ahli keluarga berbuka puasa di MAHA BUFFET di Dewan C, MAEPS Serdang. Buffet terbesar di Malaysia tahun ini merupakan gabungan 2 restoran hebat iaitu Eksperiment Kitchen dan Mak Kimbong. 

Menawarkan lebih 200 jenis menu dan 20 stall live cooking menu yang terdiri daripada citarasa kampung, street food, bakar bakar, kuih muih dan banyak lagi.




Berkonsepkan street food, pelbagai jenis juadah ada disediakan. Antaranya ialah Pasta, Takoyaki, Apam Balik, Kambing Grill, Sototong Grill dan banyak lagi. 

Sedap betul makan panas panas dan paling penting makanan akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi takdelah risau makanan habis dan sebagainya. 
 











Ciri Mesra Keluarga 

Selain dari tempat luas dan selesa, MAHA BUFFET juga menawarkan ciri Family Friendly yang pastinya menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak. 

Antara tarikan menarik disini ialah

◼ 2 Bouncing Castle
◼ PS4 Game Station
◼ Origami
◼ Arcade Game 

Setiap malam, pengunjung bakal disajikan dengan LIVE BAND dan penyanyi nasyid terkenal dan perkongsian dari penceramah terkenal seperti Ustaz Shamsul Debat dan Ustazah Siti Nor Bahyah.

Setiap hari sebelum waktu berbuka, MAHA BUFFET menganjurkan program tadarus Al-Quran bagi memberi peluang muslimin dan muslimat bertadarus sebelum berbuka.






Kemudahan Lengkap Disediakan

Ruang makan boleh memuatkan lebih dari 1,200 orang ini luas dan berhawa dingin. Terdapat juga surau yang besar untuk kegunaan pengunjung, lebih kurang 20 tandas disediakan serta tempat letak kereta berkeluasan 1 ekar. Pengunjung juga boleh memilih untuk meletak kereta di ruangan VIP & Valet Parking.

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi 

Dewasa                                                : RM 89.90
Kanak-Kanak/ Warga Emas / OKU : RM49.90 
Bawah 4 Tahun                                  : PERCUMA

MAHA BUFFET bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023 pada jam 6.30pm - 10pm. 

Bagi yang berminat boleh mula buat tempahan melalui link di bawah https://mahabuffet.com.my atau  https://linktr.ee/munstermalaysia












Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu