Baru baru ni I berkesempatan ke Rumah Dusun Sg. Mahang yang terletak di Nilai. Sebenarnya sepanjang cuti sekolah ni ai Abang dok merengek nak memancing. Dia pengaruh Atok untuk tengok Youtube pulak. Lahh..
Lepas tu nampak Facebook Page update status sebab ada kekosongan. Haaa memang rezeki lah ni. Terus Whatsapp untuk book dan bhat pembayaran. I tak bagitahu pun rupa tempat tu macam mana.
Perjalanan dekat je, dalam 50 minit dari Ampang. Dari main road kena masuk kiri. Lalu jalan kampung sikit dalam 1.9KM. Malam agak sunyi.
Masuk je kawasan tu dah nampak deretan khemah. Kata owner, kunci dah siap di pintu. Senang betul proses check in ni.
Rumah Dusun Sg. Mahang menyediakan beberapa unit chalet, tapak perkhemahan dan 1 unit Rumah Family. Cuma 1 unit ni je yang mempunyai dapur dan bilik mandi sendiri. Yang lain kena sharing.
Harga cuma RM250 / night. Lengkap dengan 2 bilik tidur.
Jom tengok gambar rumah
Bagi mereka yang memilih untuk berkhemah atau menyewa chalet, ada disediakan ruang dapur siap dengan peti sejuk dan tempat iron baju. Selain tu ada juga tandas, bilik mandi dan musolla untuk solat.
I tak cuba pun toilet luar tu tapi berdasarkan review, ni antara toilet di campsite yang bersih dan selesa katanya.
Open Kitchen juga lengkap dengan pelbagai barangan. Owner pesan kalau barang di dapur kami tak cukup, boleh je guna barangan di Open Kicthen tu.
Ha selain tu kat sini ada juga jual snack macam pelbagai biskut, Maggie Cup dan sebagainya. Konsepnya letakkan duit dalam tabung tu. Tapi I terpaksa transfer je sebab memang takde cash langsung. Nasib owner tak kisah.
Tarikan Di Rumah Dusun Sg. Mahang
Tarikan di sini semestinya anak sungai yang mengalir. Sesuai untuk kanak kanak kerana air yang cetek dan tidak deras. Ada juga kolam disediakan.
Selain tu ada juga kolam memancing. Baca di review, 'lumayan hasilnya' tapi entah kenapa anak I asyik dapat anak ikan je. Hahaha. Adoi kecewa dia.
Kat sini juga bebas beraktiviti. Budak budak seronok mandi sampai 12am. Amboii.
Malam malam pagar akan ditutup bagi mengelakkan anjing masuk. Kalau nak keluar, kena buka dan tutup balik sendiri. Dekat dekat sini banyakkkkkkk kedai makan.
Salah satunya JOHAN SEAFOOD. Terletak betul betul di simpang keluar masuk. Punyalah murahhhhhhh, set 3-4 orang cuma RM99. Total sekali dengan air cuma RM119. Fuhhh. Sedap. Staff semua mesra pelanggan gituhh. Moga kekal macam ni. I sanggup datang dari Ampang lagi. Hahaha
Berbaloi Ke Nak Repeat?
Kat sini dikelilingi pokok buah-buahan. Kalau dagang musim buah boleh pujuk owner jual murah murah tak? Hahahaa. Mesti seronok dapat makan berbakul buah kan.
Harap owner dapat tambah aktiviti lain macam berbasikal ke. Syok dapat naik basikal pusing kampung.
❌Line kat sini agak teruk. Maxis dengan Unifi Mobile terus semput
❌TV asyik NO SIGNAL. Dah panggil staff pun tak boleh betulkan
❌Dalam bilik cuma ada kipas. Dah buka NO 7 pun masih panas
❌Nak naik ke rumah tinggi betul. Mungkin untuk elak banjir?🤔 Tapi susah untuk warga emas dan orang mengandung. Hahaa.
Insya Allah kami akan repeat lagi. Tapi I memang prefer unit Rumah Family sebab lebih privacy dan selesa. Korang kalau nak merasai suasana kampung dan alam semulajadi macam ni boleh datang ke Rumah Dusun Sg. Mahang. Kena book awal tau.
I harap blog ni membantu korang yang plan nak datang sini. Sebab masa booked tu I cuba cari review di Facebook, Youtube, Tiktok tapi tak banyak orang review. Sobs. Yelah tempat kita tak pernah pergi kan. Konon nak prepare mental dan emosi lah hahaa.
Nanti dah siap edit video I akan share link Youtube kat sini.
Toodles, xoxo
Comments
Post a Comment