Ramai yang sedang sibuk buat persiapan menyambut Hari Raya. Perkara pertama nak settle mestilah baju dulu.
Orang cakap butik Chenta Lunar ada promosi baju sempena Hari Raya tau. I pun apalagi, taknak ketinggalan cari baju raya yang cantik dengan harga berbaloi.
Butik Chenta Lunar terletak di Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam. Senang je nak cari butik ni. Terletak betul betul di bertentangan dengan Zuss Coffee. Ada banyak tempat letak kereta disediakan.
Nama "Lunar" itu sendiri mempunyai keperibadian Ekspresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup.
Ini membuatkan butik Chenta Lunar yang baru beroperasi 9 Oktober 2023 cepat dikenali orang ramai.
Untuk Aidilfitri tahun ini, Butik Chenta Lunar membawakan konsep "Celestial In Style". Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, satu metafora untuk konsep yang diketengahkan iaitu "up-to-datw" dan tidak lapuk dek zaman.
Butik Chenta Lunar ini juga ibarat one stop centre dan syurga buat kaum wanita. Mana taknya, pelbagai jenis baju ada dijual di sini. Nak koleksi Hari Raya seperti Baju Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kanak-Kanak semuanya ada.
Bagi yang nak cari baju korporat seperti baju pejabat, blouse dan dress pun ada banyak pilihan.
Raya kan sebulan. Nak attend open house lagi. Bolehlah shopping pelbagai jenis baju di sini
Bermula 1 Ramadan hari tu, konsep baju raya Ibu & Anak dilancarkan dengan harga mampu milik RM150 ke bawah. Uihh murah betul.
Bukan saja lebih jimat tetapi juga mudah sebab boleh dapatkan pakaian sedondon di bawah 1 kedai
Seperti yang korang lihat dalam gambar, Butik Chenta Lunar ni tersusun, kemas dan selesa. Nak shopping pun rasa tenang je.
Ada juga disediakan tempat duduk. Sambil sambil tunggu pasangan tu, bolehlah duduk kan.
Selain baju, Butik Chenta Lunar juga ada menjual hamper, biskut raya dan pelbagai aksesori.
Bagi pembelian RM150 ke atas, pelanggan akan dapat FREE GIFT istimewa dari Butik Chenta Lunar tau.
Aaaaa comelnya sampul ni
Menariknya, Butik Chenta Lunar juga menyediakan 'on the spot request' bagi pelanggan yang nak tambah manik, lace dan sebagainya. Senang, bukan? Selalunya lepas beli baju kelam kabut cari tailor kan. Ha ni boleh request terus.
Alright gais, jangan lupa ajak family ramai ramai ke Butik Chenta Lunar.
Lokasi
65, Jalan Plumbum P7/ P, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Waktu Operasi
10am-7pm
(Isnin Tutup)
Wah sakan shopping :D
ReplyDeleteSenang sangat ada butik berkonsepkan one stop center camni...