Selalu dengar susah betul nak daftar current account ataupun akaun semasa untuk perniagaan kan. Maklumlah kita ni kecil-kecilan je.
Tapi hari tu Google punya Google terjumpa pula yang mencadangkan untuk buka akaun semasa di Maybank. No Introducer katanya.
Selesai je SSM, I terus cuba daftar secara online. https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/business/deposits/deposit_account/sme_first_account.page
Mudah je rupanya. Settle online, pengguna akan terima email dan perlu walk in ke branch yang dikehendaki.
Dokumen Yang Perlu Dibawa
Ingatkan boleh daftar terus. Ohh tidak ye. Hari pertama terlalu ramai orang. Takut tak sempat ambil anak sekolah I pun cakap akan datang esok.
Esoknya I datang awal sebelum 11am. Katanya tak dapat juga buat dan appointment sepanjang minggu penuh. Jadi I dapat jumpa officer untuk pass borang dan set another appointment saja.
Dokumen yang perlu di bawa ke Maybank
1.Kad Pengenalan
2. Sijil Pendaftaran Perniagaan
3. Form A
I dapat date 16 May 2023 10am. Ha 9.30am I dah terpacak. Ramai juga manusia. Bagitahu je kat kaunter depan ada appointment untuk buka current account, staff check nama & nama company dan kita akan diberi nombor.
Sediakan IC siap siap tau. Officer akan minta dan buat photocopy. Sambil sambil tu akan tanya lah business apa, jual apa dan sebagainya. Sama je soalan macam yang dulu.
I diminta untuk letak figure anggaran gaji untuk diri sendiri (sebab I lah owner, I lah staff). Alamak, tak reti pula. Tapi disebabkan ruangan tu wajib diisi, bantai je lah amaun. Ha lepas ni kena claim dari husband lah kan. Ehh 😝
Ada beberapa kali minta signature. Bab ni I takut sebab tandatangan I TAK PERNAH sama. Ye gais, tak pernah. Teringat masa di Public Bank dulu pun berkali kali officer minta I tiru skrin Sampaikan kena pergi branch I buka akaun tu. Cisss. Tapi tadi macam okay je. Hehee.
Aplikasi yang digunakan ialah MAE. Masalah kat sini ialah I guna phone yang sama untuk personal banking jadi I kena sharing app la. Kalau nak buka akaun semasa di app MAE, I kena unlinked my personal account. Kalau nak buka personal account, unlinked pula business account. Ahh pening ye.
Sebaiknya ada nombor dan peranti telefon lain untuk business. Nantilah, insya Allah.
Selepas set up MAE, macam biasa pilih security question, pin password semua kita kena lah letak deposit. Boleh guna cash ataupun online transfer.
Settle bab tu, I disuruh ke kaunter 16 pula. Officer tanya beberapa soalan seperti
1. Produk jualan
2. Ada kedai ke online ke
3. Berapa staff
4. Harga barangan dari berapa RM ke berapa RM (cth: RM700-RM3,000)
Ha time ni juga lah kita kena tanya kalau ada soalan apa apa. Seterusnya officer akan bantu kita download QR Biz. Yang ni memang untuk pantau transaksi melalui QR. Mungkin kami akan jarang guna ni tapi takpelah. Mudah juga.
Hari yang sama, husband dah ada customer yang minta guna QR untuk deposit barang. Yeayy seronok pulak hahahaa.
Yeayy!!
Panjang dan jauh perancangan kami untuk business ni. Husband dah lama buat sebenarnya tapi tak aktif. Tenggelam, timbul. Yelah, ada kerja hakiki kan. Kena jaga juga.
Nanti kalau korang ke anak anak atau anak buah nak cari GPU boleh check out our profile di MD Gaming Empire.
Comments
Post a Comment