Skip to main content

PELUANG UNTUK BERTEMU EDWIN VAN DER SAR, LAGENDA MANCHESTER UNITED DI AEON MALL!

Kolam Air Panas Selayang

 Korang pernah ke Kolam Air Panas? Sebenarnya ni kali pertama I jejakkan kaki ke sini.

Alkisahnya husband I dah tidur seharian, bangun 10pm dan cakap "jomlah Kolam Air Panas". Ha kami onz saja. Atok malas ikut, jadi ajak Nanny je lah. Budak budak bukan main excited sebab ni first time untuk mereka juga.

Kami ke Kolam Air Panas Selayang sebab katanya situ 24 jam. Takde lah jauh mana pun, lalu MRR2 tu rasa kejap je sampai. 

Tiket Masuk

Dewasa- RM2 

Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun / Warga Emas 70 ke atas / OKU - PERCUMA

Staff yang jaga tu alert, siap intai dalam kereta tengok Mak dan bagitahu tak perlu bayar. Hehe.

Masa kami sampai tu banyak parking kosong. Maybe orang dalam mood raya kot, busy open house sana sini. Husband ajak makan dulu.


Lepas makan barulah kami ke kolam sebelah bawah tu. I tengok tandas / changing room bukan main luas dan selesa. Ash siap tanya "ni ke bilik kita?" Hahaha amboii

Suasana gelap. I jalan slow slow je takut tergelincir. Tak pasal pasal je kang. Husband dengan anak anak dah cari port sendiri. I duduk duduk dengan Nanny je


Katanya kolam depan ni adalah yang paling panas dekat sini. I tengok berasap-asap pun dah takut. 

Tapi ada couple warga emas ni, selamba je cedok dan mandi. Fuhhh biar betul. Husband cedokkan untuk I dengan Mak, sebab kami memang malas basahkan baju. Adoii nak celup pun tak boleh.

Anak anak tolong tambah air dari kolam lain pun masih berasap lagi. 



Husband I paksa benamkan kaki juga. Terjerit jerit I kat situ HAHAHHA. Tapi okaylah dah lama lama rasa warm, sedap je kaki. 

Sambil sambil tu I dok perhatikan gelagat orang sekeliling. ada yang buat challenge dengan kawan kawan, main simbah simbah dan sebagainya. Lantak korang lah kan, jangan tersimbah I sudah hahahaa. 

Kolam lain syok juga. Yang second panas kot. Rasa macam heater kat rumah je bila tersalah adjust tempreature hahahahha. 

Kami tak lama pun, 2 jam mungkin. Anak anak dah ajak balik. Yelah kan, kalau pool hotel tu memang dari tegak matahari sampai ke malam dorang tak puas berendam. Ha yang ni kejap je nak balik dah. 

Nak dekat 3am juga kot barulah kami bergerak balik. 





Pengalaman pertama kan, excited lah. Tanya anak anak nak repeat lagi tak, diorang kata okay je. Tapi prefer hotel pool. Hamboi kemain diorang.

Korang pernah sampai sini? Atau ada lokasi lain yang lagi best?

Toodles, xoxo


Comments

  1. bestnya ada tempat mcm ni.. 24 jam plak tu..nice

    ReplyDelete
  2. Baru tau di Selayang ada kolam air panas.

    Saya pernah ke kolam air panas Pedas, NS. Berpuluh tahun lalu la...haha
    Mula2 celup kaki memang rasa tak tahan panas, lepas masuk badan sikit2 akhirnya ok jugaklah berendam dalam kolam air panas.

    ReplyDelete
  3. Dah buka ye sis..sebab tgk dekat website mps kata tutup...tapi ni sis baru je update bulan may 2023...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah baru je pergi.

      Tak pasti pula bila tutup tu. Kami pun main terjah je. Hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...