Happy World Nutrition Day!
Tema tahun ini ialah "Fuel For The Future" yang menggalakkan kita untuk ambil tahu pemilihan makanan dan membina gaya pemakanan sihat.
Ha tu lah I nak kongsi dengan korang khasiat nutrisi dari U.S Potatoes untuk pemakanan seimbang. Ianya mampu membekalkan tenaga dan nutrisi untuk kekal cergas sepanjang hari.
Satu U.S Potato bersaiz sederhana membekalkan kira-kira 110 kalori dan tidak mengandungi kolestrol,sodium dan lemak. Ianya juga mengandungi 26 gram karbohidrat iaitu 9% nilai harian untuk otot dan otak. Karbohidrat ni membekalkan tenaga sepanjang hari yang diperlukan tubuh badan kita. Jadi kita kekal cergas dan aktif.
Selain tu U.S Potatoes kaya dengan Vitamin C iaitu 30% nilai harian yang menyokong sistem imuniti tubuh.
U.S Potatoes juga kaya dengan Vitamin B6 dan membekalkan 10% nilai harian yang disyorkan. Ini penting untuk fungsi sel dan membantu metabolisma tubuh badan.
Nak tahu tak, setiap hidangan kentang bersaiz sederhana mengandungi 3 grams protein yang baik untuk otot, ligamen dan tisu. Selain itu, kulit kentang dengan saiz medium juga tinggi dengan potassium iaitu sebanyak 620 miligram atau 15% nilai harian dan menjadikan ianya lebih tinggi dari sebiji pisang bersaiz sederhana. Potassium membantu mengekalkan tekanan darah, kontrak otot dan banyak lagi.
Kentang ni boleh dijadikan sup, pencuci mulut atau hidangan utama seharian.
Antara hidangan dari U.S Potatoes yang mudah - Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce
Boleh baca resepi penuh di sini tau
https://uspotatogoodness.com.my/recipes/layered-u-s-potato-parmesan-stacks-glazed-with-asian-style-bbq-sauce/
Bagi yang mencari idea hidangan berasaskan kentang untuk keluarga boleh klik di sini
Comments
Post a Comment