Sebagai peminat teh, jenama BOH memang sentiasa jadi pilihan sekeluarga. Boleh dikatakan I membesar dengan BOH.
Baru baru ini I menghadiri pelancaran BOH PURE GREEN TEA Wellness In A Cup. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan pek baharu yang nampak lebih segar dengan warna menarik, bersih dan mempunyai elemen moden.
Menariknya, BOH PURE GREEN TEA dibungkus menggunakan sumber material mampan - Forest Stewardship Council (FSC) . Ha lebih mesra alam sekitar gitu.
Dalam majlis yang sama juga pihak BOH memperkenalkan duta baharu iaitu Azira Shafinaz. I minat betul Azira ni, sentiasa nampak ceria dan aktif. Ha sesuailah dengan tagline ' No matter what my day demands, I know I can count on my wellness in a cup'
Wellness In A Cup with BOH PURE GREEN TEA
BOH PURE GREEN TEA diperbuat dari 100% teh hijau bagi mendapatkan rasa asli teh hijau yang sedap. Minuman teh hijau ini menyegarkan dan tubuh badan rasa lebih bertenaga. Jadi bagi sesiapa mencari minuman alternatif yang lebih sihat bolehlah memilih BOH PURE GREEN TEA
Teh hijau sesuai diminum sepanjang hari. I kan kalau balik dari kerja, dapat hirup secawan BOH PURE GREEN TEA fuhh rasa segar dan relax je.
Jangan lupa ikuti BOH PURE GREEN TEA TRUCK di kawasan terpilih sepanjang bulan Ogos dan dapatkan Wellness In A Cup anda.
Korang juga boleh dapatkan BOH PURE GREEN TEA dalam pack 25pcs atau 50pcs di pasaraya berhampiran ataupu secara dalam talian.
Ohh lepas majlis tu, pihak BOH jamu para media dengan makan tengahari yang lazat di JIN Gastrobar dan tengok wayang Aurum Theatre. Best betul cerita terbaru Meg 2: The Trench




Comments
Post a Comment