Hari tu I bawa Mak makan masakan Padang di Padangs On Wheels. Restoran ni agak terkenal dan ada beberapa cawangan di Lembah Klang.
I sampai awal jugalah. Rupanya dah ramai orang dalam restoran. Alhamdulillah dapat parking betul betul depan pintu. Maklumlah bawa baby.
Restoran ni dibuka seawal jam 730am. Ha kalau datang dalam 10,11am tu masih sempat nak rasa menu sarapan pagi. I pilih Soto.
Antara yang menjadi pilihan I adalah
◾ Bebek Sambal Ijo
◾ Gulai Tunjang
◾ Terung Sambal Berlado
◾ Kentang Nipis Berlado
◾ Bergedil
◾ Sambal Hijau
◾ Sambal Merah
I tak banyak ambil gambar sebab fokus video. Tapi yang ada ni pun buat air liur meleleh.
Terus terang I cakap makana kat sini pedas gilerrr. Bagi yang tak tahan pedas macam I memang leleh air mata. Tapi sedap uihhh.
![]() |
Ratab pun sedap gais |
Bukan sahaja menu utama yang sedap belaka, banyak pilihan minuman dan kek tau. I sempat tapau 3 jenis kek untuk anak anak. Semua sedap. Wajib beli lagi
Kalau korang cari restoran untuk bawa family makan makan, sinilah tempatnya. Kena dengan citarasa setiap peringkat umur.
Selamat mencuba
Comments
Post a Comment