Masa dalam pantang, I perasan points Air Asia nak expired. Jadi kelam kabut lah I booked hotel. Memang pilih dekat area KLCC je, dekat dengan rumah.
Kolam terletak di tingkat 4. Mudah je nak cari, takde lah berbelit belit. Tak lah I risau Nanny dan budak budak sesat.
I pilih Impiana KLCC. Nampak cantik dan banyak good review. Memang tujuan nak bagi anak anak mandi kolam je.
Masuk je car park hotel, terus tepuk dahi. Aduhh dahsyat ye. Sempit sangat. Setiap level muat utk 6 kereta je kot. Bayangkan waktu cuti panjang. Atau mungkin kebanyakkan guest hotel ialah pelancong asing jadi parking tak penting sangat kot, maybe.
Park di CP2 dan perlu cari lift ke Ground Floor iaitu lobi hotel. Cantik dan wangi. Luas, ada banyak sofa. Masa i sampai tu takde orang langsung. Maybe dah lepas waktu check in kot. Receptionist baik dan friendly betul. Bilik yang I booked belum ready jadi I dapat free upgrade. Alhamdulillah.
No deposit. Yayy. Bilik tingkat 9. Dapat je kunci I pun bawa Nanny dan anak anak ke bilik.
Katil besar, bilik luas. Masuk je bilik, bebudak ni terus tukar baju. Dah tak sabar nak ke kolam
Seterusnya haruslah check bilik mandi / tandas.
Luas, selesa. Boleh tahan. Amenities lengkap termasuk toothbrush dan body lotion tau. Lupa nak cuba water pressure tapi Nanny cakap okay je.
Kolam Impiana KLCC ni kecik je. Tapi view lawa. Kalau malam ni lagi cun.
Receptionist kata kolam dibuka dari 7.30am hingga 8pm. Tapi I ada baca review katanya sampai 9pm. Tak pasti lah yang mana.
Masa kami sampai cuma ada 1 couple Mat Saleh tengah berenang. Ada lagi 2 foreigner tengah chill chill kat tepi. Kemudian barulah ada family local datang.
Kolam agak dalam 1.3M . Lupa nak bawa float, jadi Ash main di tangga je.
Lepas pastikan diorang okay dan ingat nombor bilik, I pun rush balik. Baby kat rumah, Apak dan Atok jaga. Apalah kabau baby agaknya hahahha, maklumlaj kalau Apak jaga lain macam sikit.
Turun ke Ground Floor, I ke Concierge counter nak validate parking ticket. Tunggu punya tunggu takde orang. Sekali ada sorang staff pakai blazer putih datang attend.
" Hi Puan"
" Terima Kasih Puan"
Muka dia macam Sonaone ye. HAHHAHAHA terkedu kejap I. Rasa nak mintak sign pulak.
Apa pun staff Impiana KLCC memang terbaik. Friendly helpful dan professional. Nanny cakap tak sempat kita tanya, dia dah tanya kita dulu perlukan bantuan ke tak. Terbaik!
Nanti ada rezeki insya Allah akan repeat lagi.
Psstt.. next day masa nak ambil Mak and bebudak, staff tu masih pakai blazer putih. So I guess memang uniform dia kot. Lepas tu masa nak checkout, another staff (macam FOM) tanya "Baby tu anak sulung ke Puan?". I cakap tak, nombor 4. Terkejut dia hahahha..
Kan dah kata friendly belaka. So memang recommended. Anyone cari hotel area KL, bolehlah cuba Impiana KLCC.
Comments
Post a Comment