Skip to main content

Halab Gate Bukit Bintang

Telaga Bunga Spa Royale Chulan Kuala Lumpur

 Hari Ahad lepas, celik celik mata je husband I cakap "terasa nak pergi spa lah". Aduh random sangat.

Maka I pun dok lah cari spa KL. Jumpa kat Tiktok. Orang review macam best so apa lagi kami pun booked lah.

Spa Dalam Hotel 5 Bintang

Spa Telaga Bunga ni terletak di Level 2, sebelah pool. Sampai je kami disambut oleh staff di kaunter. Cantik dan ramah orangnya. 

Kena buat pembayaran dulu. Kami ambil Couple Package. Total RM578 nett. Boleh guna kad atau cash. 

I tak boleh telan air yang disediakan sebenarnya. Adoii tapi bawa masuk biliklah. Katanya minum sambil urut kaki. Bilik ni dilengkapi 2 bed. Staff pun bagitahu lah apa yang kena buat, kena pakai blabla. Ada almari disediakan untuk simpan barang barang kita.


Mula-mula kena pakai disposable boxer (untuk husband) dan disposanle underwear and bra. Kena masuk Steam Bath or Sauna. Meleleh peluh oii. I rasa nak lari keluar,tapi husband paksa stay. Cis. Panas, takleh duduk. I berdiri dekat dengan pintu. Kalau rasa tak boleh bernafas nanti I lari keluar lah hahaaja. 

Lebih kurang 7 minit I staff ketuk pintu dan bagi towel. Lepas tu dia tunggu jauh sikit, bagi kita lengkap dengan bath robe dulu.

Next, Kaffir Foot Rituals. Rasa fresh, sedap betul dapat rendam kaki dalam tu.

Seterusnya kami ke katil untuk Signature Sedap Malam Massage. Awal awal I dah pesan taknak kuat kuat dan jangan sentuh perut. Diorang okay je. I paling suka masa urut betis. Fuhh. Bahagian betis memang sentiasa lenguh sejak sarat mengandung. Husband I pulak jenis malas tolong urut.

Proses dimulai dengan stretching. Time dia pegang betis I dah cakap sedap, sedap hahahha. Staff ada pesan juga kalau nak pressure kuat atau tak, inform. Kalau ada bahagian sakit dan nak lebihkan urut, pun kena inform. 

Lama juga proses massage tu. Sedap. Rasa lega badan. Total keseluruham ialah 70 minit.

Selesai semua tu, kami diberi masa untuk tukar pakaian. 


Kami dihidangkan dengan kek pisang. Comel betul siap ada bunga. Air tu tak silap I halia + kulit kayu manis, aduh nak pengsan hahaha. Tapi minum jugak.


Staff tanya how's the experience dan minta isi review dalam Guest Book. Kat sini ramai artis datang tau. Maybe sebab tempat ni nampak high class dan privacy gituhh.

Baik dan friendly betul diorang ni siap bawa I I tengok tempat ni. 

Ada bilik yang boleh dibuka pintu/ partition jadi sesuai untuk group or bachelorette party. Mesti seronok kan berurut ramai ramai.

Ada pakej untuk yang ni jadi kalau nak tahu lebih lanjut kena contact spa ni tau.



Baru I tahu kenapa nama tempat ni Telaga Bunga. Uniknya, spa ini menawarkan pengalaman mandi bunga mengikut adat Melayu. Salah satu bunga ialah bunga Ylang Ylang ( betul ke eja) yang ditanam sendiri.  Nanti hari yang sama baru bunga bunga tu dipetik dan lebih kurang 2 jam sebelum appointment baru siapkan air. Supaya tak banyak tangan pegang dan tak tercemar. 

Staff akan jiruskan air untuk kita tau. Dan ikut adat juga kita kena kutip sendiri bunga bunga tu (tak 100% bersih pun takpe) dan buang sendiri. 

Andaikata kita book untuk couple, proses mandi adalah sorang demi sorang.



Kalau taknak ambil pakek urutan, sekadae nak buat Foot Reflexsology atau Manicure Pedicure, pun boleh. Syoknya dapat buat sekali dengan kawan kawan kan. Girls Day Out gituhh



Alright gais itu saja perkongsian pengalaman I. Kalau ada apa apa nak tanya korang boleh Whatsapp je 019-300 0181


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu