Skip to main content

The Natural Cheese Mania Showcase by Real California Cheese

Tuntutan Di Mahkamah Tribunal

 Kami menang kes! Alhamdulillah

Selalu baca cerita orang pasal tribunal. Ha kali ni kami yang mengalami.

Kes dari bulan June akhirnya dapat keputusan. Kami sebagai pihak penuntut menang kes ni.

Jom I share sikit macam mana rupa Mahkmaah Tribunal


Tribunal ni terletak di Level 16, Sunway Putra Tower. Keluar je lift korang cari pintu ni. Kalau awal pagi memang beratur panjang nak daftar.





Ni adalah bilik persidangan. Ada 2, so kena tahu kes korang dimana lah. Kalau nama dipanggil tapi tak muncul, staff* siap panggil di bilik sebelah lagi. Bagus

* I tak pasti pangkat/ posisi sebenar jadi I guna staff je


Sesiapa pun boleh masuk dan dengar kes. Contoh I teman husband pun boleh je masuk. Tapi malas pulak. 

Datang awal tau. Andai kata terlepas ( masa nama dipanggil korang takde) nanti akan ulang panggil lagi. Kena tunggu semua selesai lah kot.

Appointment diberi 9am tapi kes disebut 11am. 


Perbicaraan ni dalam Bahasa Malaysia tau. Hakim ni berbangsa Cina tapi samgat fasih. Jangan risau okay. Dan kes Chinese or Indian pun disebut dalam Bahasa. 

Gambar di bawah ketika kes suami I dibacakan. Kena duduk depan hakim. 

I tak berani angkat phone tinggi tinggi hahhaah. 


Alhamdulillah suami sebagai PENUNTUT menang kes. 


Dipendekkan cerita husband I beli barang secara online dalam group PC Gaming. Penjual mengatakan jualan as-is lepas tu bagi description. Tapi bila dah sampai lain pulak rosak. Bila minta refund katanya dah tulis as-is

Menurut hakim sebarang jualan kena describe keadaan barang. Tiada istilah as-is.

Penentang kata "semua budak PC tahu istilah ni" . Tapi hakim tak terima yang tu. 

PENUNTUT minta RM1000. PENENTANG kata nak bagi RM750 je, kira kos dia datang dari Selatan minta cuti bagai. Hakim bagi keputusan RM900. 

Lepas settle kena ke kaunter untuk ambil award/ perintah mengatakan PENENTANG kena selesaikan dalam masa 14 hari. 


Masa kat depan hakim si PENENTANG ni siap menjerit "yelah bayar hari ni lah". Tapi tetiba katanya tunggu 14 hari pula ikut surat. Benganglah husband I. Nasib tak bertumbuk kat situ. 


Jadi begitulah gais, ingat berhati-hati masa buat description jualan. 

Kalau ada kes macam ni kena report tribunal.

◾  Isi maklumat / laporan di app
◾  Terima email
◾  Print Borang
◾  Hantar ke pihak lawan HANYA melalui AR Register. tak boleh courier
◾  Terima kad kuning sebagai bukti
◾   Pihak lawan kena siapkan borang
◾   Terima tarikh perbicaraan

Andaikata salah seorang tidak hadir, hakim akan bagi tarikh lagi sebulan. Lepas tu masing-masing akan terima surat tarikh tu juga. Takde alasan lupa


 Cuma I ada yang pening pula dengan konsep tribunal ni

Kita kena cari maklumat PENENTANG sendiri. No IC, Alamat. Err pelik pelik. Pastu buat laporan polis, polis kata tak boleh reveal pulak. Nasib boleh Google current office, hantar surat kat situ. 




Comments

  1. Tahniah atas kemenangan. Bukan senang nak menang 👏🏻.
    Semoga perkongsian MC boleh bantu orang lain yang senasib mcm husband MC.

    ReplyDelete
  2. Itulah kan...nak tuntut hak pun susah, that's why I guess ramai peniaga yg tak jujur suka ambil kesempatan :( anyway, syukur your husband menang kes ni 🤲

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu