Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Cara Buat Jelly Ball Viral Dengan Filling Buah

 Jelly Ball ni yang famous kat Ipoh tu ke? Ada juga di Titiwangsa. Geram tengok pelbagai warna.

Pastu tetiba viral sana sini. Dulu bukan main susah nak jumpa kan, ha sekarang kat mana mana pun ada. Tapi tu lah, ada yang jual takde rasa. Kosong je walaupun ada pelbagai warna. Ada yang kata dah beli lepas tu keras macam agar-agar. Jelly kan sepatutnya lembut.

I tengok ramai juga cuba buat sendiri. Maka, taraaa


Jadi yang pertama kena beli acuan dulu. I cari di Lazada. Maklumlah Lazada kan semua ada BELI ACUAN JELLY BALL DI SINI


Ha kat atas tu I ada bagi link siap siap. Murah je korang.

Rasanya ada 2 size. Ni yang kecik. Next time beli yang besar kan. 

Cara Buat Jelly Ball Viral

Mula mula sediakan Jelly Powder. I ada beli jenama Nona yang dah siap perisa. Mudah. Yang Konyaku ni kosong je. Tak pasti ada pilihan lain ke tak sebab tengok rak pun kosong. Hahaha penangan viral ke ni.


1. Campurkan 1 paket Konyaku Jelly Powder bersama 5 sudu besar gula
2. Didihkan 390ml air
3. Masukkan campuran tadi sedikit demi sedikit. Kacau supaya tak berketul
4. Dah mendidih. Tutupkan api.


Siapkan filling buah yang kita suka. Anak anak I memang minta yang ada filling di dalam. Nak buat kosong pun boleh, kena camput kordial lah supaya ada warna dan perisa. 


Tuang sampai penuh melimpah tau. Ha ni lah silap I. Masa first try I letak agak agak, jadi ball I jadi half je. Haha macam butang pulak. 

Tutup acuan. Tekan sampai melimpah. Barulah yakin terbentuk cantik.


I biarkan suhu bilik. Nak masuk peti sejuk pun boleh. 

15min-30min dah ready. Tapi nak lagi sedap biarkan lama sikit dalam peti.


Kalau ikut resepi makan dengan kuah kastad. I buat sekali je hari tu. Malas nak buat lagi. 

Curahkan Full Cream milk. Aaa sedapnya.

Selamat Mencuba korang! 






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu