Skip to main content

Nostalgia Desa 2024 | Berbuka Puasa Di Farm In The City Seri Kembangan

RSMY Naan Cheese Dah Dibuka Di Ampang

 RSMY Naan Cheese dah ada di Ampang. Wow

Beberapa hari sebelum launching I nampak posting di FB. Ha apa lagi cepat cepat I share dengan semua orang.

Semua terkejut eh. " wahh tak sangka dah makin dekat ".

Selalu kami pergi cawangan KL tu je. Hahaha. Ada beberapa cawangan lain kan, tak pernah jejak lagi. 

Kami sampai around 830pm. Ramai juga orang.

Meja ada extra, kerusi takde 😅 Kelam kabut sikit sebab first day kan

Walaubagaimanapun, staff or owner sangatlah alert ( diorang pakai baju biasa, I assume owner lah kot ). Siap cakap "bagi yang ni, diorang berdiri je kat luar"

Siap panggil PUAN ye. Bukan kakak bukan adik. Waaa standard gituhh



Actually promo dia sikit je. Tapi bolehlah

And cepat gila makanan sampai. Uihh gerammya, lama tak main tarik tarik ni.


Ocin order Nasi Beriyani Daging Hitam. Yumms



Actually I terlupa order kuah. Hahaha lama tak makan situ, lupa pulak kuah dia kena order asing.

Next time datang nak order Keema Kambing. Ahh sedapnya


Tempat cuci tangan ada 1 kat bahagian dalam. I intai tandas dari luar. Bersih. Ada 2 cubicle toilet. Harap tandas duduk dan cangkung lah hahaha

Kat belah dalam tu aircond ye. Yayy selesa wak makan Naan dalam aircond. Kedai kecik je tak macam cawangan KL tu.

Will defo come back bawa Mak Abah dan budak budak pulak

Lokasi: Opposite Masjid Bukit Indah

Comments

  1. Sedap2.. First time makan dekat melaka... Ad bukak cwgn dekat sini.. Tp, sekejap je... Lepas PKP tak nampak pulak kedai dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merata juga buka cawangan ye. Susah kedai nak survive time PKP tu.

      Delete
  2. Tak pernah try RSMY ni, teringin juga naan cheese dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau teringin naan cheese tuju sini je. Tak tahu kedai lain 🥲 ramai cakap restoran pakistan lagi sedap. Tak pernah try

      Delete
  3. RSMY Ampang kat mana.. kosas ke bukit ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu