Skip to main content

Sambut Malam Tahun Baru 2025 Di Menara Kuala Lumpur

Kempen Merdeka Madness KL Tower | Penjimatan Tiket Sehingga 60%

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan tema
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan
Kempen Merdeka Madness bermula dari 1 Ogos hingga 16 September 2024.




Kempen Merdeka Madness pada tahun ini akan diadakan selama 47 hari dengan merangkumi
promosi dan pelbagai acara serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik kedatangan pengunjung
ke Menara Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Colours of Malaysia
Tower Lighting, sayembara puisi kemerdekaan, pertandingan fotografi kemerdekaan, jualan
trak makanan dan minuman, persembahan muzik dan kebudayaan, festival durian, dan
banyak lagi.

“Inisiatif promosi Merdeka Madness ini diadakan untuk kali yang kedua adalah kerana
melihat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pengunjung pada promosi ini tahun
lepas. Ianya juga merupakan tanda penghargaan kami kepada rakyat Malaysia, di mana
para pengunjung tempatan dapat menikmati diskaun sebanyak 60% bagi tiket masuk ke
semua tarikan di Menara Kuala Lumpur”,
kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai
Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Diskaun harga tiket bagi lawatan ke Sky Deck adalah RM28.00 (dewasa) dan RM15.00 (kanak-
kanak), manakala tiket bagi lawatan ke Observation Deck adalah RM12.00 (dewasa) dan
RM8.00 (kanak-kanak). Kami juga turut menawarkan harga terendah bagi kemasukan ke
Tower Walk 100, iaitu RM8.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak-kanak).


Harga yang ditawarkan oleh Menara Kuala Lumpur sempena Merdeka Madness ini amat
berbaloi untuk para pengunjung nikmati dan ianya juga adalah hadiah istimewa kepada para
pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996 sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila hubungi talian khidmat pelangan Menara
Kuala Lumpur di 03-2020 5421 atau layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur –
Facebook, Instagram, dan TikTok / laman sesawang www.kltower.com.my.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....