Skip to main content

Review Movie The Wild Robot

Philips All-In-One Series | Inovasi Terbaru Dan Moden Untuk Pengguna

 Terus terang lah kan I paling malas nak gosok baju 😅. I selalu rasa sakit pinggang, lenguh tangan eh macam macam lah. Baju baju situasi penting je I akan gosok kalau tak, harapan lah.

Hari tu I diperkenalkan dengan siri Philips All-In-One. Tambah excited tengok demo oleh Syomir Izwa, pereka fesyen yang terkenal tu. Maklumlah baju baju runway ni terdiri dari pelbagai fabrik macam linen, chiffon, tulle, taffeta dan heavy satin. Bukan tu je banyak juga sulaman, labuci dan manik manik. Perlukan penjagaan rapi tapi dalam masa yang sama nak pantas. Nasib baik ada iron moden yang sangat membantu. Ni kira fesyen bertemu teknologi lah ni.


Philips membawakan inovasi terbaru iaitu Philips All-In-One 8500 dan Philips All-In-One 6000. Mempunyai Teknologi Dual-Heating menjadikan proses menggosok lebih pantas dan mudah.

Lebih menarik pengguna boleh adjust kedudukan iron board tu sama ada nak lebih menegak, melintang, nak tinggikan atau nak rendahkan pun boleh. Ha nanti bolehlah gosok baju sambil layan drama kegemaran depan TV. Takdelah penat nak berdiri kan. Nak ajar anak umur 12 tahun menggosok pun boleh. Sesuaikan dengan ketinggian anak.

Dulu I pernah hampir rosakkan Baju Melayu husband. Nasib tak hangus. Siri terbaharu Philips menawarkan Teknologi OptimalTEMP yang boleh mengawal suhu. Jadi confirmed takde yang rosak atau fabrik terbakar.

 


Haba yang terhasil mampu membunuh 99% bakteria. Pemanasan pantas cuma 90 saat je. Kiranya sebelum naik pentas  tu bolehlah touch up baju baju model.

Philips All-In-One ni  ringan dan mudah dikendalikan. Mempunyai rekabentuk kompak dan senang nak alihkan ke sana sini. Mudahlah nak gosok cadar dan juga langsir.

Menarik kan. Bagi yang berminat boleh dapatkan Philips All-In-One 8500 secara eksklusif di Amway Malaysia

Untuk siri Philips All-In-One 6000 pula akan ada di pasaran bermula Ogos 2024 dengan harga RM 1,199



Syomirizwa Gupta X Shika Grover 

Bagi pengikut setia dunia fesyen, pasti mengenali nama Syowirizwa Gupta. Pereka fesyen yang versatil ini hadir dengan koleksi terbaru Syomirizwa Gupta X Shika Grover - The Secret Garden Bespoke Collection Spring/ Summer 2025/2026.


 



Koleksi ini membawakan keindahan  gabungan seni, cinta dan persahabatan dengan rekaan Kimkara oleh Shikha Grover. Kolaborasi yang menyatukan budaya Malaysia dan India ini banyak bermain dengan color palette termasuk lukisan tekstil dan teknik tie-die.



Comments

  1. Jom ke Amway untuk beli seterika wap baru! Berkenan betul dengan 8500 series tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu