Skip to main content

FNF GOLDEN GATE SDN BHD PERKENAL PRODUK BAHARU  DI BAWAH JENAMA HAMID'S GOURMET  

FNF GOLDEN GATE SDN BHD PERKENAL PRODUK BAHARU  DI BAWAH JENAMA HAMID'S GOURMET  

 FNF Golden Gate Sdn Bhd, pengimport dan pengedar produk daging di Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi produk terbaharu, daging sedia di makan (ready to eat) di bawah jenama Hamid's Gourmet.


Sebagai pengedar produk daging yang telah lama bertapak kukuh di seluruh Malaysia, FNF Golden Gate yang berpangkalan di Perlis kini melangkah ke peringkat baharu dengan Hamid's Gourmet, jenama produk daging sedia untuk dimakan. 




Hamid's Gourmet direka khusus bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa, serta meraih peluang eksport.

Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Bin Che Ahmad Shakri berkata, jenama Hamid's Gourmet dijangka mempelbagaikan lagi penawaran syarikat dan pada masa yang sama menumpukan kepada pasaran luar negara. 

Pengenalan produk daging sedia dimakan itu katanya juga sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk mengimbangi jumlah import daging ke Malaysia dengan membina laluan eksport yang kukuh bagi produk daging tempatan. 






Pihak pengurusan FNF Golden Gate katanya percaya bahawa dengan potensi eksport yang besar, produk tempatan seperti Hamid's Gourmet boleh memberi impak positif dalam pasaran antarabangsa.

"Tujuan kami melalui Hamid's Gourmet adalah untuk menembusi pasaran eksport dan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pengimport daging, tetapi juga sebagai pengeksport yang berjaya. 

"Kami ingin memastikan produk daging tempatan mendapat tempat di pasaran global. Pada masa sama ingin mengurangkan kebergantungan negara kepada import," katanya.




Dengan matlamat untuk terus berkembang dan memperluaskan penguasaan pasaran, FNF Golden Gate Sdn Bhd komited untuk mengekalkan kualiti dan inovasi dalam setiap produk yang ditawarkan. 

Syarikat turut yakin bahawa Hamid's Gourmet akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan industri daging tempatan di arena antarabangsa.

Ketika ini, Ali Imran berkata, pihaknya sudah melaksanakan pertemuan dengan pelbagai pembeli berpotensi dari luar negara dan melalui pertemuan itu, kebanyakan mereka komited untuk menjalin kerjasama.

Beliau berkata, FNF Golden Gate juga komited dalam menggunakan sepenuhnya lembu tempatan dengan menjalin kerjasama dengan penternak tempatan selain mengusahakan ladang ternakan lembu.

Ini katanya, dapat mengimbangi import produk daging dari luar negara kerana inisiatif kerajaan juga ketika ini menggalakkan pengusaha tempatan untuk menceburui bidang agro selain memberikan sekuriti makanan kepada negara.

Kerajaan juga katanya melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.

Negara memerlukan 200,000 tan metrik daging lembu setahun bagi keperluan rakyat dan masih perlu mengimport 80 peratus daging bagi memenuhi permintaan rakyat.

Selain itu, dengan adanya Hamid's Gourmet, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Perlis melalui kilang pemprosesan produk sedia untuk dimakan itu.



Pada 2023, FNF Golden Gate telah mencatatkan pendapatan melebihi RM100 juta dan kini menyasarkan untuk mencapai pendapatan lebih daripada RM150 juta menjelang akhir 2024, dengan langkah-langkah strategik dan pelancaran jenama baharu.

Hamid's Gourmet adalah produk daging sedia untuk dimakan yang mempunyai enam jenis produk ketika ini iaitu Wangyu Tomahawk, Smoked Beef, Beef Meatball,
Chicken Green Curry, Chicken Meatball dan Beef Kofta.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu