Siapa suka Asam Pedas? Aaa sedapnya kalau dapat yang betul betul kena dengan tekak kita kan. Yes finally hari tu I dapat rasa Asam Pedas dari DS Cafe KL.
Mini Cafe Dengan Dekorasi Inggeris
DS Cafe KL yang terletak di Desa Pandan ni merupakan mini cafe yang cantik. Dekorasi ala ala Inggeris gitu. Kenapa mini? Ha sebab saiz kafe ni comel je. Boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa
Walaupun saiz mini tetapi lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan juga surau yang luas dan selesa untuk kemudahan pengunjung.
Sentuhan Air Tangan Datin Sri Nora
Jarang dengar owner cafe masak sendiri kan? Untuk pengetahuan semua, kesemua menu dimasak oleh Datin Sri Nora dibantu oleh anak dan juga menantu. Dengan itu rasa setiap masakan lebih konsisten dan bahan bahan yang digunakan dijamin segar.
Bukan saja Asam Pedas tetapi DS Cafe msnghidangkan pelbagai menu masakan Melayu. I sempat cuba 5 menu iaitu
◾ Nasi Lemak
◾ Lontong
◾ Nasi dan Kari Daging
◾ Nasi dan Masak Lemak Cili Padi Ayam
◾ Asam Pedas
Signature Menu Di DS Cafe KL
Nasi Ayam Chiengmai ni signature menu di cafe ni tau. Menantu Datin Sri, Alisha yang berasal dari Chiengmai, Thailand menggunakan resepi warisan dari ibunya sendiri.
Ayam bakar yang diperap khas bersama santan dan bahan terpikih yang menjadikan rasa Nasi Ayam ni unik dan berbeza dengan nasi ayam di Malaysia. Digandingkan pula dengan sambal istimewa yang dibuat dari tauchu, cili api, akar ketumbar dan bahan bahan lain.
Bagi pencinta Nasi Lemak, boleh cuba Nasi Lemak disini. Nasi Lemak Biasa didatangkan dengan 2 jenis sambal iaitu sambal biasa dan sambal ikan bilis dengan harga RM4.90. Menu ini juga menjadi pilihan ramai untuk Infaq Jumaat.
Pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak Premium yang didatangkan bersama Ayam Goreng. Kedua dua menu ini menggunakan santan segar, sebab tu lah boleh rasa keaslian Nasi Lemak tu
Sesuai Bawa Keluarga dan Kawan Kawan
DS Cafe sesuai dijadikan pilihan untuk makan bersama keluarga dan kawan kawan. Tempat duduk selesa, lokasi strategik, banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Jangan lupa datang dan rasai sendiri keenakan pelbagai menu di sini.
Comments
Post a Comment