Holla,
Hari tu husband ajak I makan luar. Bawa Mak, Abang and Raline. Mula mula nak pergi mamak. Fikir malam minggu ramai budak motor. Bising. Mamak fav kitorang tu tepi jalan. Memang laluan orang remm remm motor.
Lepas tu nak pergi Koey Teow kat Titiwangsa. Tak jadi juga. Husband ajak ke Ayam Penyet JPJ.
Lama dulu before PKP, kawan badminton husband yang perkenalkan Ayam Penyet ni. Lepas main badminton kat Lavana mesti singgah sini. Kawan husband dah meninggal tahun lepas. Al-Fatihah untuk arwah Zain. Kawan yang baik. Rajin bertegur sapa. I selalu tolong pegang spec mata dia kalau diorang tengah main badminton. Hmm sedih pulak.
Anyway nama kedai ni Ayam Penyet Ros. Senang panggil Ayam Penyet JPJ je sebab ada dalam kawasan JPJ Wilayah Persekutuan (kalau ikut Waze lah. I tak nampak mana buildinynya hahahah)
Kedai ni style warung. Masa kami sampai takde orang. Segan nak ambil gambar. Tukang amek order peramah betul.
Cuma tu lah. Kerusi baby berkeladak 🥲 pertama kali bawa baby jadi baru perasan pasal kerusi tu hahaha. Dahlah ada 1 je. Terpaksa juga letak Raline kalau tak dia tawaf satu kedai.
I dengan Mak order Ayam Penyet. Husband order Pecel Lele dengan kerak. Orang tu siap cakap "saya bagi extra, Bang" . Hahahha
Mak puji sambal dia padu. Ayam lembut. Hidang panas panas.
Air buah kat situ murah ye RM 4 je. Ayam Penyet RM 11 tak silap I. Total makan semalam cuma RM 41 je.
Cuma katanya QR problem so kena transfer. Masa makan tu dah 11.50pm. Kelam kabut I transfer. Maklumlah takut bank down pulak. Hahaha.
Kami juga order sate dari stall depan tu. 10 cucuk ayam cuma RM 14.
Soon bolehlah repeat lagi. Tapi malas lah bawa Raline 🤣 tinggal je boleh tak. Hahahha
I sebenarnya lama tak buat post macam ni. Asyik iklan je kan 🤣 Azam 2025 nak perbanyakkan personal entry boleh tak hahhaah. Kembali macam zaman blog dulu. Buat ala ala diary gitu. Insya Allah kalau rajin. Banyak juga nak share pasal baby journey.
Thanks juga pada silent readers. I suka tau tetiba dalam email or DM kat IG tanya pasal itu ini 😍 rasa dihargai bila menulis panjang panjang ada orang baca. Hahahha
Toodles, xoxo
Comments
Post a Comment