Baru baru ini I berkesempatan menghadiri bufet Ramadan review di Dorsett Grand Subang
Bufet Ramadan di Dorsett Grand Subang berlangsung dari 3rd - 30th March 2025. Banyak sangat menu yang ada sampai I tak tahu nak mula dari yang mana.
Haa pecinta seafood mesti excited tengok ni. Masuk masuk je I dah teruja tengok Seafood on Ice. Susunan makanan laut segar. Geram kan tengok oyster tu.
Selain dari makanan laut segar, I tertarik dengan menu istimewa daripada Dorsett Grand Subang iaitu Sup Gear Box. Perghh yang ni memang rare. Jarang jumpa menu ni di bufet Ramadan.
I tahu ramai peminat Sup Gear Box kat sini kan. Slurpp!!
Bagi peminat menu 'bakar bakar' di sini ada disediakan menu sate. Ni kira must try tau! Kuah kacang dia kemain sedap lagi.
Selain sate, ada banyak menu menarik lain seperti Roasted Baby Lamb, Chicken Shawarma, Mandi Rice dan Steamed Fish
Sebagai pencuci mulut, bolehlah cuba pelbagai jenis kuih muih yang ada. Jarang tau dapat kuih tradisional atau kuih kampung macam ni kat KL ni. Sedap sedap semuanya
Bagi yang mencari tempat sesuai untuk berbuka puasa bersama yang tersayang bolehlah masukkan Dorsett Grand Subang dalam list.
Harga 'Early Bird' : 1 - 28 Feb 2025
◼️ Dewasa : RM 168 nett
Harga Normal : 3 - 30 Mac 2025
◼️ Dewasa : RM 198 nett
◼️ Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 168 nett
◼️ Kanak-Kanak (6-12 tahun) : RM 99 nett
Dorsett Grand Subang menyokong kempen Kurangkan Gula dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi pengunjung akan dapat tengok informasi berbentuk cube comel di setiap meja. Bukan itu sahaja pencuci mulut disediakan dengan kurang gula. Tapi jangan risau kesedapan tu tetap terjaga juga.
Selain itu bagi yang ingin 'staycation' semasa Ramadan Dorsett Grand Subang juga menawarkan pakej Gema Ramadan dengan hanya RM 488 nett untuk 1 malam. Ini termasuk
◼️ One- Night Stay in Deluxe Room
◼️ Aroma Nusantara Iftar Buffet For Two
◼️ Sahur meals for two
Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 03- 5031 6060 ext 1912 atau Whatsapp 016-201 1248
Comments
Post a Comment