Kismis, nampak kecil tapi sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat.
Baru baru ni I berkesempatan ke event bersama California Raisins- The Taste of Love and Natural Sweetness. Ha maklumlah bulan Februari kan Bulan Cinta
I berkesempatan melihat demo masakan dari 2 chef terkenal. Menariknya resepi diolah sesuai dengan citarasa masyarakat kita.
Selalunya kita dengar kismis ni letak dalam Bready Butter Pudding, Nasi Beriyani dan Salad je kan. Sebenarnya banyak lagi resepi tau. Kena jadi kreatif sikit.
Chef Aison Wong yang juga pemilik Aison Bakery menggunakan kreativiti beliau dengan resepi California Raisin Poolish, California Raisin & Blue Cheese Focaccia dan California Raisin Vinaigrette.
Seterusnya chef selebriti iaitu Chef JiaLe yang terkenal di sosial media dengan resepi masakan cina versi halal membawakan menu yang dekat di hati rakyat Malaysia iaitu California Raisins Ulam Couscous iaitu inspirasi daripada Nasi Ulam dan California Raisins Nutty Chicken Roulade with Rendang Sauce.
Kebaikan Kismis California
Kismis California dipenuhi nutrisi, anti-oksidan dan memberi tenaga. Bukan itu sahaja ianya mempunya rasa manis semulajadi.
![]() |
Dahlah sedap, banyak kebaikan rupanya.
Kismis California sesuai dicampur di dalam masakan, pencuci mulut atau dijadikan snek.
Kat rumah ni memang wajib ada stok kismis sebagai snek sihat anak anak.
Bulan Ramadan pun makin dekat. Bolehlah fikir menu masakan yang sesuai letak kismis. Bukan je sedap malah berkhasiat.
Ehemm. I dapat bunga lah. Lama rasanya tak dapat bunga tau.
Comments
Post a Comment