Penghujung cuti sekolah hari tu I bawa anak anak ke Royale Chulan Seremban. Sajalah weekend getaway kan penutup cuti sekolah.
Ni kali pertama kami ke sini. Mudah bab parking sebab ada License Plate Car Recognisation tu. Betul ke I eja tu hahaha. Alaa yang detect plate number tu. Memudahkan.
Kami ambil Deluxe Room. I rasa ada beberapa jenis dan kami dapat style Hollywood Twin iaitu 2 single bed yang dirapatkan.
Masuk masuk je bilik WOW. Bilik ni full carpet. Carpet lembut gebu dan yak sejuk. Takdelah risau Raline jatuh tergolek HAHAHHA
Sepatutnya I bawa comforter kan. Seronok anak anak bergolek.
Ada sofa dan meja, study table siap dengan table lamp. TV, meja, wardrobe. Ada mini fridge. Eh lengkap lah semua.
Iron board, sejadah dan extra pillow ada dalam almari.
Bilik kami menghadap bandar dan Tasik Seremban. I tak tahu nama taman tu tapi cantik betul lagi lagi view senja. Bila malam pula boleh tengok lampu lampu.
Bilik air ni luas betul. I nampak bathtub dan toilet je. Rupanya ada seperate shower area. Macam ni lah bagus, takdelah 1 keje nak melangkah dalam tab tu 😅
Cermin luas, sink luas. Kat sink pun boleh pilih air sejuk air panas. Perfect!
Pelbagai Menu Sarapan
Siapa suka sarapan di hotel? Haruslah isi perut kenyang kenyang kan bukan selalu makan di hotel
Sayangnya I terlupa ambil gambar bufet sarapan. Buffet spread di Royale Chulan Seremban ni memang meriah. Ada Nasi Lemak, Mi, cereal, sosej yang sedap, pastries, muffin. Ehh meriah lah.
Buah-buahan pun ada
Seronok tengok anak anak makan bertambah. Memang I pesan makan kenyang kenyang baru syok nak berendam.
Kalau turun lambat memang ramai orang. Yes Royale Chulan sentiasa meriah dan jadi pilihan ramai. Masa I turun tu full house ye. Nasib staff alert dan bagi kami duduk di bahagian luar. Cuma katanya jauh la nak ambil makanan.
Kalau nak duduk outdoor pun boleh.
Ye kolam renang di Royale Chulan Seremban ni dikelilingi pohon menghijau. Sekali pandang macam resort tepi pantai pulak. Siap ada pokok kelapa melambai lagi tau.
Ada 1 water slide atau gelongsor air. Ada waterfall. Syokk
Kalau taknak main gelongsor boleh berendam je.
Raline main di bahagian kids pool je. Yang bestnya ada mainan disediakan. Ada bola, pelampung kanak-kanak dan itik itik tu. And life guard di situ (lupa tanya nama) sangat baik, friendly dan pandai melayan kanak kanak. Katanya dia yang sediakan mainan kat situ. Semoga murah rezeki life guard tu.
Pendek kata, Royale Chulan Seremban memang tempat yang sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Jadi kalau you all nak healing atau weekend getaway kejap lari dari kesibukan kota, bolehlah pilih untuk menginap di Royale Chulan Seremban.
Toodles, xoxo
Seronok nampak nie.. Boleh masuk dalam list juga
ReplyDelete