Holla Mommies!
Hari ni pergi checkup Raline. Actually I dah terlambat sikit nak cucuk, sepatutnya pergi masa 18 bulan hari tu. Tapi takpe. Janji cucuk kan.
Doc dengar Raline belum bercakap, katanya ada 3 punca budak lambat bercakap.
1. Austims
2. Hearing Problem
3. Kurang Stimulations
Soalan pertama doc ialah "Siapa jaga?"
I cakap I jaga sendiri bersama dengan neneknya.
Dr.Iqbal ada minta Raline salam dan Hi 5. Macam biasa Raline faham arahan. Memang kat rumah pun Raline takde masalah nak terima arahan. Dia faham je semua benda yang kita cakap. Cuma nak jawab tu takde keluar perkataan. Keluar bunyi je.
Doc kata mungkin bukan austism sebab dia faham arahan. Hearing problem dah buat masa lahir hari tu dengan Dr. Rashdan di KPJ Damansara 2.
Doc nak jumpa lagi 6 bulan. Kalau masih tak boleh bercakap baru buat Hearing Test again.
Tips Untuk Anak Lambat Bercakap
Doc minta guna tips ni dalam masa 6 bulan
1. Banyakkan membaca buku
2. Menyanyi nursery rhymes (selalu buat)
3. Sensory play
4. Banyakkan bercakap / borak dengan Raline
5. Kurangkan / No screen time
I cakap dengan doc memang tak pernah bagi skrin pun 😅
I harap dalam masa 6 bulan before next checkup ni Raline boleh bercakap.
I ada baca katanya untuk umur ni sepatutnya dah ada sekurang-kurangnya 10 perkataan. Tapi tu lah si Raline ni Mommy or Mama pun takde bunyi lagi 🥲
Nanti I akan update dari masa ke semasa.
Comments
Post a Comment