Siapa suka mayonis? Ishh mestilah ramai yang suka kan.
Jenama mayonis kegemaran ramai Kewpie baru je menyambut ulangtahun ke-100. Waa dah lama rupanya bertapak dalam pasaran.
Peluang Bercuti Di Jepun
Sempena ulangtahun ke-100 ini Kewpie menganjurkan "Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie". Hadiah utama merupakan trip ke Jepun, hadiah eksklusif dan hak bermegah. Wahh menarik!
Cara penyertaan sangatlah mudah. Peserta hanya perlu cipta hidangan unik menggunakan produk Kewpie.
1. Rakam foto dan video berdurasi 30-45 saat
2. Muat naik di Instagram/ Facebook/ Tiktok dengan hashtag #KewpieIt100 dan tag @KewpieMalaysia
3. DM mereka untuk pengesahan
Peraduan ni berlangsung dari 31 Mei - 24 Ogos. Jadi kena join cepat tau.
Kerjasama Kulinari Dan Pendidikan
Sambutan diteruskan dengan kerjasama masakan unik dengan Fei Fei Crab Restaurant iaitu sebuah restoran makanan laut yang terkenal. Para hadirin dapat pengalaman ciptaan eksklusif yang diselitkan mayonis yang menggabungkan Kewpie dengan perisa tempatan Malaysia.
Kewpie juga bekerjasama rapat dengan Universiti SEGi untuk memberikan pendedahan langsung kepada pelajar kepada industri makanan melalui projek dunia sebenar dan aplikasi kreatif produk Kewpie. Kerjasama ini juga menunjukkan komitmen Kewpie Malaysia terhadap pendidikan, pembangunan bakat dan penglibatan masyarakat jangka panjang.
Jenama Kewpie juga komited untuk kekal inovatif, inklusif dan berkait rapat dengan pengguna Kewpie sama ada melalui resepi baru yang berani, kempen yang diterajui pelajar atau peluang meneroka Jepun.
Untuk maklumlat lanjut, layari laman web www.kewpie.com.my ataupun di media sosial mereka Kewpie Malaysia .
Comments
Post a Comment