Skip to main content

Renew Passport Cepat Tak Sampai 30 Minit | Pejabat Passport KLIA

Renew Passport Cepat Tak Sampai 30 Minit | Pejabat Passport KLIA

 Haluuuu

Hari tu I kena renew passport SECEPAT MUNGKIN. Why nak cepat? Ha ada lah. Kalau jadi, I bagitahu hahahah kalau I tak cerita maksudnya tak jadi lah 

Tapi yang pasti I ada masa 1 hari bekerja sahaja untuk dapat passport. Isnin je masa yang I ada

Hari Jumaat I survey survey. Kebanyakkan tempat kena renew online.  Ada yang kata kalay apply sebelum 3pm dapat email hari yang sama. Ada yang kata 3 hari bekerja. Ahh sudah macam mana ni. 

Dok Google and I terjumpa Pejabat Passport KLIA. Katanya kat situ tak ramai orang dah SANGAT CEPAT.  Masalahnya I tak jumpa review baru. Mostly tahun 2023 dan 2024. 

Jadi I pasrah je lah dan walk in. 

Parking Long Term KLIA 

Pejabat ni terletak di dalam ruangan letak kereta Long Term KLIA. Dont worry mudah je nak jumpa sebab ada signboard disediakan. Parking pun banyaaaaaaaaaakkkkk sangat. 



Tapi scary ye 😅 ada dedaun kering hahaha macam tempat lama ditinggalkan pulak. Bukan I je cakap macam tu, ada sorang akak tu pun cakap benda sama ye. 

Disambut Mesra 

Ye memang mesra siap bergurau senda. Depan I ni ada sorang akak dengan anak dia. Dia tanya "nak buat passport kat sini kan?" 

Officer tu kata "ehh bukan. Tu kat dalam KLIA sana" 

Terkejut akak tu hahahaha. Dia gurau je. 

Akak tu nak buat passport untuk anaknya apply sambung belajar. Tapi disebabkan tak genap 18 tahun lagi dia kena bawa surat beranak. Tak pasal pasal kena patah balik ambil. Nasib rumah dia dekat je

Sampai turn I female officer tanya "Baru ke Renew?"

I cakap renew. Terus dapat nombor. Tak sempat I tengok nombor terus dipanggil ke kaunter. Officer tu kata "ha special terus pergi kaunter 4" 

😅 dahsyat ye tahap cepat tu. 


Masalah Cap Jari 

Dah bagi IC dan Passport lama, alamak jari I tak boleh detect. Ahh sudah! 

Lepas 2,3 kali cuba, officer bagi lotion. Masih lagi tak boleh. 

Officer: Kena pergi JPN, dapatkan surat pengesahan dulu ni

Me: hmmm... Encik, JPN paling dekat kat mana ye? 

Officer: kat Kaunter 7 

Me: 🤣🤣🤣

Lahhh ahhahahahhahaha. Maka I pun ke kaunter 7. Officer tadi dan another officer join sekali. Ha nampak tak memang kosong kat sana 🤣

Officer yang attend masa ambil nombor pun ada sekali. Dia kata "ni mesti banyak basuh pinggan ni". I balas "Alhamdulillah, nampak eh muka banyak buat kerja rumah" 

🤣🤣🤣 kalau Mak I dengar mesti tergelak HAHAHHAHA

Ehhh sorry kalau korang pening dok officer officer. Hari tu I ingat nama diorang. Sekarang dah lupa hahahah hampir sebulan dah baru nak update 

Setelah check rupanya takde masalah pun. Maka I kembali ke kaunter 4. Officer JPN join sekali jugak hahahhahahha 

Rupanya tadi I salah letak jari. Macam agak ke atas kot. Jadi sebenarnya takde masalah. 

Lepas tu proceed ambil gambar. Uishh sebesar dulang ye muka saya🤣 officer siap kata "ni mesti suka berjaga malam" 

Ishh apa ni bukan suka🤣 memang kena berjaga ahhahahhaha 

Lepas tu officer tanya juga mata I pakai lens ke? I cakap idokkk.

Tapi memang bagus siap tanya okay ke? I cakap okay je lah. Kang kalau retake sama je muka I apa beza kan 🤣🤣

Lepas tu dia suruh duduk di kerusi tunggu nombor dipanggil ke kaunter pembayaran

I berangan nak buat konten. Baru duduk, belum sempat ambil video or gambar lahh nombor dipanggil lagi. Pantas ye🤣

Lepas pembayaran tunggu lagi untuk collect passport. Tapi memang sangat sekejap. Semuanya tak sampai 30 minit. 

Kalau bukan sebab masalah cap jari agaknya lagi sekejap. 

Kesimpulannya I memang sangatlah puas hati dengan service Pejabat Passport KLIA ni. Korang yang nak buat or renew passport boleh datang sini.

Parents yang ada anak kecil kan wajib buat kat kaunter, korang bolehlah datang sini. Sebab kalau tempat lain kang sesak sesak anak pun start merengek. Yelah ada budak kan tak boleh tunggu lama lama. 

Masa datang tadi pun nampak Mommy ni bawa 3 orang anak kecik gitu. 

Atau korang yang ada cuti sehari je or terhad. Boleh datang sini okies 


Alamat Pejabat Passport KLIA 

Kuala Lumpur International Airport,

Pejabat Passport Jabatan Imigresen Malaysia KLIA,

Block 2, Long Term Car Park (LTCP),

Jalan CTA3, Kuala Lumpur International Airport,

64000 Sepang 

Selangor 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....