Selepas lebih 3 dekad beroperasi, Hospital Pantai Cheras kini tampil dengan wajah baru yang lebih moden dan segar. Rekaan semula hospital ini juga mencerminkan komitmen hospital sebagai penyedia penjagaan kesihatan, penyampaian perkhidmatan mudah akses serta rawatan penuh belas kasihan.
Majlis pelancaran "Steps To Better Health" telah dirasmikan oleh Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras bersama dengan Dr Kamal Amzan CEO IHH Healthcare Malaysia bersama Erica Lam, Ketua Pegawan Eksekutif Wilayah Tengah IHH Healthcare Malaysia dan Chong Soon Mei, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Cheras.
Perubahan itu menjadi simbol pembaharuan janji dalam menyampaikan rawatan terbaik kepada masyarakat.
Menurut Kok Wai, pemasangan fasad baru itu merupakan simbol pertumbuhan dan kemajuan serta dedikasi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Sejak penubuhan hospital ini, ramai keluarga mendapatkan rawatan. Malah karnival kesihatan yang diadakan merupakan kaedah terbaik bagi meraikan majlis ini sekaligus mengingatkan kita bahawa kesihatan ialah tanggungjawab bersama".
Hospital Pantai Cheras turut mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan akses serta pengalaman pesakit. Antaranya papan tanda lebih jelas dan mesra di Jabatan Kecemasan, pengubahsuaian wad pediatrik dengan bilik pesakit lebih selesa serta kawasan parkir baharu berdekatan hospital bagi memudahkan lawatan.
Semua penambahbaikan itu mencerminkan komitmen hospital dalam memastikan setiap langkah perjalanan pesakit lebih lancar, selesa dan berfokus pada keperluan pesakit.
Bila diberi nafas baru, staff pun rasa semangat nak kerja..ðŸ¤ðŸ¤
ReplyDelete