Baru baru ini I berkesempatan ke pelancaran tudung Nafesa
Nama Nafesa diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof, melambangkan kelembutan, ketabahan, dan nilai seorang wanita yang begitu berharga.
Segalanya bermula di Arafah - ketika doa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu membawa kepada satu ilham suci. Inspirasi itu terus dilakar di atas kanvas, dan hari ini menjadi permulaan baharu di Saudagaar Asia.
Koleksi pertama Nafesa iaitu Alhambra Monogram menawarkan 5 printed bawal iaitu
1. MAJESTICA
▪️ OLIVE ▪️ RED CHILLI
▪️ BEIGE ▪️ MAROON
▪️ DUSTY PINK ▪️ TEAL BLUE
▪️ BLACK ▪️ GREY
2. MESQUITA SOUL
▪️ MIDNIGHT ▪️ SAND
▪️ ROSEWOOD ▪️ MAROON
3. RUMI LUXE ( SQUARE & SHAWL)
▪️ EMERALD
▪️ NIGHTFALL
4. OTTOMAN SULTANA
▪️ FOREST
▪️ NAVY
5. PETRA PALACE
▪️ OLIVE SAND
▪️ MOCHA BRONZE
▪️ ROYAL PLUM
Menampilkan identiti wanita profesional, yakin dan berwibawa, Nafesa meraikan pesona wanita moden dengan gaya yang anggun dan bercitarasa tinggi. Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, mempersembahkan kemewahan dan warisan yang tidak lapuk dek zaman.
Koleksi The Alhambra Monogram diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada, simbol kehalusan seni Islam, kemewahan dan kekuatan tamadun. Setiap corak menyampaikan mesej:
"Wanita yang anggun, yakin, dan mampu mencipta rezeki melalui kecantikan."
Menggunakan fabrik premium satin, koleksi ini lembut, ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan selesa dipakai.
▪️Material premium & tidak panas
▪️Cetakan halus & tahan lama
▪️Warna sesuai wanita Asia
▪️ Packaging eksklusif sesuai sebagai hadiah
▪️ Rekaan timeless, tidak ikut trend semata-mata
Lebih daripada sekadar jenama tudung, Nafesa ialah peluang — untuk wanita hari ini yang bukan sekadar pengguna, tetapi trendsetter, tulang belakang keluarga dan inspirasi komuniti.
"Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai."
—Fadz Subari, Brand Specialist
Tudung ini sesuai digayakan ke pejabat, acara rasmi atau gaya santai.
Tak sabar rasanya nak dapatkan koleksi Alhambra Monogram. Jadi yang mana pilihan korang?









cantik cantik koleksi Nafeesa ni..
ReplyDelete