Holla everyone!
Hari ni hari ke-4 cuti sekolah. Kami memang takde plan nak berjalan jauh jadi I decide bawa kids pergi pantai paling dekat.
Abang nak bawa kawan dia. Okay, kita onzzz. Kira boys trip la kan. Gegirl taknak ikut. Nanti kena ada another trip dengan dia
Kami bertolak agak lewat. Gerak dalam 11am kot. Singgah Eco Shop area Teluk Panglima Garang sebab nak beli pistol air
Sampai je eh eh rupanya Pantai Morib di sedang dalam pemuliharaan. Patutlah nampak korek korek pasir tu. Adoi
I malas nak pergi PD tapi janji harus ditunaikan. Jadi pantai terdekat ialah Pantai Kelanang. 11 min dari Pantai Morib
Diorang terus pergi ke tengah. I cari tempat redup nak park kereta dan bentang tikar
I tengok ada yang buka khemah, ada yang picnic di gazebo.
Kat sini ada sekumpulan kera, ada anjing anak beranak juga. Adooiiii
Sementara tunggu diorang cuci tangan I keluarkan nasi lemak bungkus dari dalam kereta.
I keluarkan 1 dari plastic.
Tetiba MONYET SAMBAR DARI BELAKANG. Astagaaa
Jadi terpaksalah diorang bertiga share 2 bungkus nasi lemak. Lepas habis diorang makan ada pulak monyet sambar bungkusan sambal. Adoii. Dia hirup sambal tu wakkk ahahhaha
Settle makan diorang sambung main lumpur. I duduk sorang sorang termenung di atas tikar
Ha part ni kelakauuu. Sapa follow IG i mesti nampak story ni.
I tengah duduk termenung. Dengar bunyi dari atas pokok. Nampak la sekor monyet. I buat derk je lah sebab takkan dia nak kacau. I takde makanan / plastic pun. Sekali dia buat gaya mendengus tu. Ala mcm kucing nak terkam tu. I takut i lari lah ke depan sikit. Dengan tak pakai seliparnya hahaha
Dia buat gaya nak lompat ke arah I. Aduhaiii.
I apa lagi menjerit. Habis family family belah sana pandang.
I dah tak fikir malu. Dengan kaki ayam I lari ke diorang and cakap "saya takut monyettttt"
Tergelak diorang. Katanya diorang pun diganggu.
Dari jauh i perhati monyet tu geledah bag I. I cuma risau kunci kereta je
I lari menyelit di celah khemah orang. Jaga monyet tu takde I terus kemas barang yang patut. Tikar i lipat masuk dalam kereta. Bag pun I masukkan.
Sanggup lah berdiri hahahahha. Family tadi pun berkemas nak balik. Tak sanggup katanya
Tapi memang aggressive betul monyet shift petang. Lol
Abang dan kawan dia settle main dan pergi mandi. Ash masih di selut lagi cari pistol katanya. I duduk dalam kereta
Tau tau je Ash ada kat tepi kereta sambil menangis. Katanya kali tercucuk sesuatu. Orang yang dukung dia ke kereta.
Orang tu tanya Mak Ayah mana? Ash kata "Mak dalam kereta, Ayah takde"
Astaga bunyi macam Mak yang tak bertanggungjawab hahahahha harap orang tu takdelah buka Threads 😛 trend sekarang kan hahahah
Abang cuba nak keluarkan tak boleh. Terjengkit jugaklah dia nak toilet. Takkan nak bagi naik kereta kan.
Balik rumah Ayah tolong keluarkan. Ada 1 rupanya duri termasuk ke dalam. Harap takde yang tertinggal.
Kat sini asa toilet / bilik mandi. Bayaran berbeza. Kalau setakat cuci tangan free di luar tu. Kalau pee, 50 sen kot. Kalau mandi RM 1 . Sediakan duit kecik ye
Kenangan betul bawa anak anak main lumpur. Harap ni jadi salah satu childhood memory diorang.








Comments
Post a Comment