Skip to main content

AS BEG, JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

AS BEG, JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

Siapa peminat beg tangan kat sini? Me! 


Setelah berjaya mencatat rekod Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah. 

Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.

Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri yang merupakan Pengasas Beg AS, koleksi beg tersebut akan dijual sekitar harga RM75 - RM85 sahaja dengan rekaan eksklusif dan mewah tetapi denganharga yang mampu dimiliki oleh semula lapisan masyarakat Malaysia.

Cantik betul beg tangan koleksi ni. Terus rambang mata. Sesuai nak pakai harian ataupun nak digayakan Hari Raya nanti





Tambahan lagi, bagi menghargai sokongan pembeli tegar jenama beg selama ini, Pemenang Seller Terpaling Popular APBH Ke-37 itu juga mengumumkan akan memberi ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah yang membeli beg tersebut semasa sesi pelancaran di platform penstriman langsung pada 25 Januari 2026 pukul 8:00 malam menerusi platform akaun TikTok Shop @papalarisofficial.

Pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS pada malam tersebut secara langsung berpeluang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kereta Perodua Bezza. Cabutan akan dibuat pada 31 Januari 2026 pada pukul 8:00 malam dan pemenang akan diumumkan pada malam tersebut.



Pembeli yang telah membeli pada sesi penstriman langsung pada 25/1 perlu menonton sesi live pada 31/1 bagi mendapatkan kata kunci kepada pembeli bertuah yang dihubungi secara langsung.

Ini merupakan kali pertama jenama beg tempatan di Malaysia menawarkan hadiah berupa sebuah kereta kepada pembeli bagi menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini kepada jenama AS. Selain daripada hadiah utama kereta, setiap pembeli yang membuat pembelian pada malam 25/1 tersebut juga akan mendapat keychain exclusive koleksi Izara x AS dan tumbler.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....