Bagi yang mencari kediaman sesuai untuk keluarga dengan reka bentuk moden dan lokasi menarik, boleh consider Laman Sendayan 2
Projek terbaharu Meria & Elaria terletak di Laman Sendayan 2A, Bandar Sri Sendayan. Bandar matang dan dilengkapi infrastruktur moden memudahkan urusan seharian.
Beruntung penduduk Laman Sendayan 2 ni sebab berhampiran dengan rumah kelab terbesar di negeri ni iaitu d'Tempat Country Club. Selain dari tu kalau nak beriadah bersama keluarga boleh juga ke X-Park Sendayan yang terkenal dengan sukan extreme seperti Go-Kart, Flying Fox dan banyak lagi.
Ibu bapa tak perlu risau tentang sekolah kerana Matrix Global School terletak berhampiran.
Nak beli barang keperluan atau keluar makan pun tak perlu jauh jauh sebab di Sendayan Merchant Square ni ada banyak pilihan. Selain dari tu banyak lagi jenama besar seperti Watsons dan Family Mart akan buka cawangan di sini.
Masuk je rumah terus jatuh cinta. Pada I rumah rumah ni cukup selesa dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Ruang tamu dan dapur luas, sesuai untuk didiami keluarga.
Bilik tidur tetamu terletak di bahagian bawah berhampiran dapur. Di bahagian atas pula terdapat 3 bilik tidur dan Family Area.
Ruang macam ni biasanya boleh dijadikan Ruang Santai bersama keluarga. Nak jadikan Ruang Membaca pun boleh.
Rumah bersaiz 20 x 70-75 boleh dimilik dengan harga permulaan RM5xx,xxx. Memang mampu milik, mana nak dapat harga macam ni di tempat lain kan.
Bukan saja reka bentuk menarik dan lokasi yang strategik, rumah ni juga dilengkapi dengan Smart Home System. Memang moden kan.
Pintu rumah ni guna Smart Lock. Boleh guna finger print dan pin code. Mudah dan lebih selamat. I juga teruja bila tahu boleh buka tutup aircond guna kawalan suara. Menarik betul. Takdelah isu hilang remote lepas ni kan.
Nak jadi orang terawal tengok unit rumah ni?
Jom beramai ramai ke Purr & Play Showhome Day pada 10 & 11 Januari 2026
Banyak aktiviti menarik tau.
▪️Perasmian Rumah Contoh
Jadi yang terawal tengok rumah contoh
▪️ Purrwalk Fashion Show
Boleh tengok anak bulu beraksi. Nak bawa model sendiri pun boleh!
▪️ Whisker Craft Workshop
Buat kraftangan bertemakan kucing dan kreatif bersama anak anak
▪️ Cat Cafe Zone
Bersantai di cafe kucing sambil menghirup kopi kegemaran. Snek pun ada!
▪️ Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Masa terbaik untuk serlahkan bakat anak dan luangkan masa bersama keluarga
▪️ Cat Adoption Lounge
Selamatkan kucing kucing yang memerlukan perlindungan
▪️ Animal Magic Show
Tonton pertunjukan silap mata yang menyeronokkan dan interaktif.
▪️ Merchandise Stall
Dapatkan pelbagai merchandise bertemakan kucing, aksesori dan cenderahati yang comel
Bagi yang berminat menyertai Purrwalk Fashion dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, sila daftar di laman Facebook Matrix Concepts
Jom ke perasmian rumah contoh baharu dan berpeluang dapatkan hadiah eksklusif
▪️ Petron E-Fuel Card
▪️ Grab Rewards
▪️ Percutian Lexis Hibiscus 3D2N
▪️ Airwheels Eletric Smart Riding Suitcase
▪️ Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker
Karnival ni 2 hari tau iaitu Sabtu dan Ahad. Bolehlah plan bawa keluarga dan kawan kawan. Sambil luangkan masa dengan yang tersayang boleh juga tengok rumah baru.
Tarikh: 10 & 11 Januari 2026
Masa: 10am – 3pm
Tempat: Laman Sendayan 2
Untuk maklumlat lanjut hubungi Matrix Concepts 1800 88 2688 atau layari Matrixtogo.com









Banyak kemudahan kat sini. Pastu non sharing bathroom dan ada smart home system. Rawlins approved!
ReplyDeleteLaman Sendayan 2 memang tempat yang sesuai untuk kita beli rumah untuk keluarga, ada banyak kemudahan berdekatan and tambah lagi ada kemudahan Smart Home System.
ReplyDeleteKeluarga besar atau ramai dapat rumah macam ni pun sudah mencukupi dengan segalanya yang ada...
ReplyDelete