Skip to main content

Pickle & Patch Bersama Salonpas Di PLAYA Racquete Club

Cheese Point Reyes | Cheese Berkualiti Tinggi Dan Halal

 Siapa cheese lover kat sini? Ahhh me too! 

Baru baru ni I berkesempatan ke event yang dianjurkan oleh California Cheese. 


Keju Sedap Dari Susu Lembu Berkualiti

Point Reyes merupakan jenama cheese dari California. Menariknya ialah 'Women Owned' yang diusahakan oleh dua adik beradik iaitu Ms Lynn Giacomini Stray dan Ms Jill Giacomini Basch. 

Keju Point Reyes dihasilkan daripada susu berkualiti tinggi. Lembu lembu di ladang mereka di jaga dengan baik dari segala segi 

▪️ Cuaca yang baik

▪️ Air Bersih

▪️ Diet yang baik- graind fed cows

▪️ Senaman yang baik 

Selain dari itu ladang mereka juga mematuhi peraturan keselamatan makanan yang ditetapkan USDA

Pelbagai Jenis Cheese

Setiap keju mempunyai tekstur dan rasa tersendiri. Ada yang boleh dimakan begitu saja sebagai snacking, ada juga yang lebih sesuai dicampur dalam masakan. 




I berkesempatan mencuba beberapa jenis keju

▪️ Toma - rich buttery flavor & creamy texture 

▪️ TomaTruffle- earthy flavor, hint of cocoa

▪️ TomaRashi- creamy, nutty, umami. Shicimi Togarashi (Japanese spice blends contain chili flakes, nigell, chili powder, and nori) 

▪️ Gouda-  creamy, toasted hazelnut and cooked ceeam

▪️ BayBlue- fudge texture, sweet salted caramel finish

Kalau tanya keju pilihan I semestinya TomaTruffle dan TomaRashi. 

Status Halal Keju

Tahniah diucapkan kepada Point Reyes yang baru je dapat pengesahan Halal bulan November lepas. Alhamdulillah, lebih mudah para pembeli nak beli tanpa rasa was was 

Pelbagai Keju Dalam Masakan

Chef juga ada  buat cooking demo. Konsepnya menu yang sedia ada tapi di-fusion kan dengan tambahkan cheese. Surprisingly, sedap. Ni kalau menu ni masuk dalam menu cafe hotel ni I pun sanggup beli hehe



Cheese Platter 

Kami juga diberi peluang untuk buat cheese platter sendiri. Alamak I taklah kreatif mana HAHHAHA tapi cantik pulak colorful macam ni. 

Tahniah diucapkan pada pemenang. Cantik and kreatif semuanya. 



Comments

  1. Wowww menarik cheese kalau dpt yg betul betul original tanpa ada bahan bahan mengarut tu..

    ReplyDelete

Post a Comment