Skip to main content

Pickle & Patch Bersama Salonpas Di PLAYA Racquete Club

Pickle & Patch Bersama Salonpas Di PLAYA Racquete Club

Hola everyone! 


Teruja betul rasanya buat pertama kali I berpeluang main pickleball dengan kawan kawan. 


First time datang di Playa Racquete Club PARC Subang, cantik tempatnya. 




Salonpas® Jenama No. 1 Dunia


Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia Sdn. Bhd. anak Syarikat milik penuh Hisamitsu Pharmaceutical Co., Int., berbesar hati untuk mengumumkan bahawa produk mereka, Salonpas® telah diiktiraf oleh

Euromonitor International sebagai jenama No. 1 dunia bagi koyok melegakan kesakitan yang mencatat jualan tertinggi buat kali ke-10 sejak 2016. 


Sementara Hisamitsu Pharmaceutical pula diiktiraf sebagai syarikat farmaseutikal yang menguasai pegangan pasaran terbesar di dunia dalam kategori yang sama 9 (sembilan) tahun berturut-turut.





Rentetan daripada pencapaian sedekad ini, Hisamitsu Malaysia memacu strategi pertumbuhannya menerusi transformasi digital, perkembangan e-dagang, penglibatan komuniti, dan usahasama strategik yang dibina untuk menghubungkan sebuah

generasi pengguna yang mementingkan kesihatan dan celik digital.


Hari Salonpas® - Kori wo Iyasu


18 Mei telah dinobat sebagai Hari Salonpas®, sebuah sambutan global yang mencerminkan komitmen berterusan jenama ini dalam membantu komuniti bergerak dengan lebih selesa. Tarikh ini membawa makna yang besar di Jepun kerana nombor "5” dikaitkan dengan kori (kekejangan) dan nombor “18” pula iyasu (melegakan) yang digabungkan menjadi frasa “Kori wo Iyasu” iaitu “melegakan kekejangan”.


Sempena ulangtahun ke-92 Salonpas® sejak dilancarkan pada tahun 1934, Hisamitsu

komited untuk berkembang selari dengan keperluan pengguna menerusi teknologi, e-dagang dan media digital bagi menyokong aspirasi Hisamitsu untuk mencapai pertumbuhan dua digit dalam tahun 2026.


Sebagai sebahagian daripada hala tuju strategik ini, Hisamitsu Malaysia turut mengumumkan usahasama pertamanya bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas Day Pickle & Patch.






Kerjasama ini merupakan permulaan bagi inisiatif lebih luas untuk bekerjasama dengan rakan industri sukan dan kesejahteraan di seluruh Malaysia, sekali gus mendekatkan Salonpas® dengan komuniti gaya hidup aktif serta mengukuhkan peranannya sebagai teman pemulihan yang boleh dipercayai.


Ditubuhkan pada tahun 1847 di Jepun, dengan ibu pejabat di Tosu, Wilayah Saga dan Tokyo, Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. merupakan syarikat penjagaan kesihatan global yang mengkhusus dalam teknologi koyok transdermal. 

Syarikat ini beroperasi

di lebih daripada 50 negara dan terkenal dengan jenama dipercayai seperti Salonpas® dan ByeBye-FEVER®.

 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....