Skip to main content

Pos Malaysia Run Kembali Lagi

Pos Malaysia Run Kembali Lagi

 Pos Malaysia Run kembali menggerakkan Malaysia bersama-sama. Dianjurkan oleh Pos Malaysia, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, edisi ketiga larian berteraskan komuniti ini akan berlangsung pada 29 November 2026 di lokasi ikonik Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Susulan kejayaan penganjuran sulung pada tahun 2024, Pos Malaysia Run terus berkembang sebagai platform yang menggabungkan pergerakan dengan tujuan — diinspirasikan oleh perjalanan harian Pos Wira yang sentiasa berada di lapangan, sama ada berjalan kaki mahupun kenderaan, menghubungkan komuniti di setiap pelosok negara. Berteraskan  momentum kukuh sejak kemunculannya pada tahun 2024 serta penyertaan lebih 7,000 peserta pada tahun 2025, acara tahun ini menyasarkan 10,000 peserta, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara acara sukan gaya hidup paling inklusif dan menarik di Malaysia yang mempromosikan gaya hidup sihat, kelestarian dan hubungan kebersamaan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata,“Pos Malaysia Run mencerminkan siapa kami sebenarnya — menghubungkan komuniti dan memastikan  Malaysia terus bergerak. Berpandukan tujuan kami untuk membina kepercayaan dengan penuh semangat dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, larian ini membawa tanggungjawab harian kami melangkaui operasi dan lebih dekat dengan komuniti yang kami khidmati.“ 


“Komitmen yang sama turut menjadi panduan dalam operasi harian kami — dengan tumpuan yang jelas terhadap kecekapan dan kelestarian, daripada pengoptimuman laluan hinggalah usaha membangunkan armada penghantaran elektrik terbesar di Malaysia, selaras dengan sasaran kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pertama dan terakhir yang lebih hijau menjelang 2030. Segala usaha ini juga diterjemahkan kepada perkhidmatan yang boleh dipercayai di lapangan, seperti yang ditunjukkan melalui prestasi penghantaran bungkusan kami yang mencecah 92% tahun lalu, sekali gus mengukuhkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Pos Malaysia untuk terus menyampaikan perkhidmatan, walaupun dalam keadaan yang mencabar.”


“Permulaan larian dari Dataran Merdeka, sebuah lokasi yang penuh dengan nilai sejarah negara dan simbolik sebagai penanda 0km Kuala Lumpur, menjadikan perjalanan ini lebih istimewa, mengingatkan kita bahawa setiap hubungan dan setiap perjalanan bermula dengan kepercayaan,” katanya.




Dengan tema ceria “Jom Laju For Fun!”, Pos Malaysia Run 2026 mengalu-alukan penyertaan semua peringkat umur untuk menikmati pengalaman larian bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan. Acara ini akan dimeriahkan dengan pelbagai permainan dan aktiviti interaktif sepanjang laluan larian, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara komuniti utama dalam kalendar tahunan negara. Para peserta juga berpeluang menantikan pengalaman berlari menyusuri antara beberapa mercu tanda ikonik bandar, menjadikan larian ini satu sambutan yang dikongsi bersama, penuh dengan semangat pergerakan, hubungan dan kebersamaan.


Kategori Larian & Pendaftaran

Seiring dengan perkembangan budaya larian di Malaysia, Pos Malaysia Run 2026 memperkenalkan kategori baharu 21km Terbuka (18–39 tahun) buat pertama kali, di samping kategori 10km Terbuka (16–39 tahun) serta kategori Veteran (40 tahun ke atas). Larian santai 5.5km pula terbuka kepada individu atau kumpulan sehingga empat orang (berumur lima tahun ke atas). Pemenang dalam kategori kompetitif berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,800.



Yuran penyertaan dibahagikan kepada tiga fasa pendaftaran — Super Early Bird, Early Bird dan Biasa, dengan kadar bermula daripada RM118 (21km), RM88 (10km) dan RM68 (5.5km), bagi menggalakkan pendaftaran awal serta memastikan akses yang lebih meluas kepada komuniti.

Pendaftaran kini dibuka melalui Race Roster (https://raceroster.com/events/2026/119344/pos-malaysia-run-2026), dengan tawaran Super Early Bird sehingga 31 Mei 2026. Orang ramai digalakkan mendaftar awal kerana tempat dijangka dipenuhi dengan cepat selaras dengan permintaan yang tinggi.


Manfaat Penyertaan

Semua peserta akan menerima pek larian lengkap, yang merangkumi:

  • T-shirt rasmi larian
  • Nombor bib peserta
  • Cip pemasa (untuk kategori 10km & 21km sahaja)
  • Pingat penamat
  • Sijil digital (e-certificate)
  • Minuman dan snek ringan selepas larian
  • Penghantaran pek larian
  • Perlindungan insurans kemalangan diri (PA)



Peserta kategori 21km turut menerima tuala penamat eksklusif, manakala lima peserta teratas bagi kategori 21km dan 10km (Terbuka & Veteran) berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Semua peserta juga layak menyertai cabutan bertuah. 

Sebagai tambahan baharu tahun ini, peserta boleh membeli pakej barangan premium (RM48 setiap satu), yang merangkumi koleksi eksklusif bertema Pos Malaysia serta keperluan praktikal hari perlumbaan:


  • Pakej A: Stoking ‘Iconic Postboxes’ diinspirasikan daripada warisan pos.
  • Pakej B: Stoking ‘Special Handling’ dengan reka bentuk bertemakan penghantaran.



Kedua-dua pakej turut disertakan kipas mini mudah alih, beg tote tenunan dan dua charm akrilik sebagai kenangan eksklusif acara.


Pada tahun ini, peserta boleh memilih untuk menerima pek larian yang dihantar ke alamat berdaftar atau membuat pengambilan sendiri di Pejabat Pos Besar (GPO) / Pejabat Pos terpilih.




Peluang Kerjasama

Pos Malaysia menjemput organisasi yang berminat untuk menjadi rakan kerjasama bagi acara komuniti ini. Pelbagai pakej penajaan disediakan dengan sumbangan antara RM10,000 hingga RM200,000, selain peluang kerjasama dalam bentuk barangan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke: sportsactivation@pos.com.my


Sertai larian 5km, 10km atau 21km — secara individu atau bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja. Berlari untuk komuniti anda, kerana Malaysia bergerak lebih baik apabila kita bergerak bersama. Pendaftaran kini dibuka. Tempah tempat anda dan sertai gerakan ini. Jom Laju For Fun, bersama!


Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....