Skip to main content

Pickle & Patch Bersama Salonpas Di PLAYA Racquete Club

Sarapan Selera Pantai Timur Di Grannies Kiosk Melawati

 Untuk penggemar sarapan style Pantai Timur tak perlu pergi jauh dah, kat Melawati ada 

Ye korang, Grannies dah buka kiosk pertama di Restoran Mak Lang di Melawati. 



Mungkin ada yang pernah dengar nama Grannies ni. Nama ni dah bertapak sejak 8 tahun lepas tahu! 

Sebelum ni Grannies  boleh didapati di La Cucur. Tapi sekarang lebih mudah sebab dah ada kiosk sendiri. 

Grannies Kiosk Melawati menghidangkan sarapan gaya Pantai Timur seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak Sambal Ikan, Laksa Kuah Putih, Laksa Kuah Merah, Pulut Lepa (Pulut Panggang), Pulut Tapai dan pelbagai pilihan kuih muih lain. 






Banyak pilihan kan. Harga pun agak murah





Restoran ni agak luas dan sesuai untuk keluarga. Walaupun naik tangga, tapi ada ramp disediakan. Sesuai juga lah nak bawa stroller atau wheelchair. 

Masa I datang tu ramai juga yang bawa family dari pelbagai lapisan umur. Next time I nak datang bawa Mak pula, mesti dia suka. 

Parking pun banyak jangan risau. 


Pertandingan Hias Nasi Dagang 

Kami berpeluang hias atau DIY sendiri nasi dagang. Mencabar juga untuk orang kurang kreatif macam I ni. Hahahhaa 
Tapi amat menyeronokkan 

As expected I tak menang pun. Dah cakap I tak reti hias hias ni. I pandai makan je hehehe



Lepas ni sesiapa yang rindukan Nasi Dagang original Terengganu atau apa apa sajian Pantai Timur lain bolehlah ke Grannies Kiosk Melawati

Boleh waze je - Grannies Kiosk Melawati. 

Comments

  1. Banyak pilihan sarapan pantai timur. Saya suka masakan dari sana.

    ReplyDelete

Post a Comment