Hola everyone!
Hari tu I bercuti di Resort World Kijal. Susah betul nak cari tempat makan malam.
Mungkin sebab masa tu cuti panjang + bertindih. Jadi banyak kedai tutup.
Lagi 1 yang buat I agak 'kejutan budaya', waktu malam di Kijal memang sunyi. Sangat sunyi. Gelap. Nasib lah keluar ramai ramai. Kalau I sorang drive pergi tapau memang ketakutkan lah
Nak cari kedai makan area hotel memang tak banyak. Dan I jumpa 1 ni, lebih kurang 28 min dari hotel 🥹 ahh bolehlah eh. Baca review ramai yang puji. Okay lets go!
The Bulock Coffee, Chukai
Kedai ni terang benderang, boleh nampak dari tepi jalan. Maklumlah kedai sekitar semua tutup. Ada car park berhampiran kedai.
Dari jauh nampak meriah jugak.
Konsep macam open air gitu. Macam pacak khemah (tapi versi cantik lah). Alaa memang style cafe hipster gitu.
Masa kami datang ada banyak juga meja kosong.
Kena order di kaunter. I pun snaplah menu untuk anak anak I tengok. Senang order sekali jalan. Paling penting tengok signage kat cashier boleh bayar pakai CARD. Hahahha. I panic sikit kalau jenis QR sahaja. Sebab kekadang line slow.
Banyak juga pilihan menu makanan dan air. Staff pun ramai.
Banyak Pilihan Menu Menarik
Banyak pilihan menu. I tengok gambar menu ada nasi goreng yang merah menyala 🤣 ghisauuu ye. Time holiday ni takmo la makan pedas. Hahhahah.
Jadi nak mudah kami pesan semua menu taknak pedas.
Ni adalah menu yang kami order
▪️ Nasi Goreng Lemak Daging Bakar Selambak x2
▪️ Nasi Goreng Ayam Peha Kanan
▪️ Mee Ikan Goreng Seekor Diri
▪️ Nasi Goreng Sotong Selambak
Untuk air pulak kami order
▪️Milktea
▪️Greentea
▪️Boba Milk
▪️ Mango
▪️ Ribena Lemon x2
Service cepat. Tak tunggu lama pun. Staff muda muda. 🫣 baik ramah semuanya.
Memang betul big portion. Kalau korang (atau anak anak) jenis tak makan banyak, boleh share berdua
Memang recommended. Kalau korang berada di sekitar Chukai or macam I dari Kijal, bolehlah datang sini.
Check kat Google hari apa diorang tutup.
Kalau nak baca review lain boleh search kat Tiktok / Threads juga. Rasanya ada juga orang lain post pasal cafe ni
Toodles, xoxo








Comments
Post a Comment