Skip to main content

EISAI MEMPERKENALKAN RAWATAN PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMPERLAHANKAN PERKEMBANGAN PENYAKIT ALZHEIMER PERINGKAT AWAL

EISAI MEMPERKENALKAN RAWATAN PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMPERLAHANKAN PERKEMBANGAN PENYAKIT ALZHEIMER PERINGKAT AWAL

 Eisai Malaysia, afiliasi tempatan syarikat farmaseutikal penyelidikan global, Eisai Co., Ltd., telah memperkenalkan LEQEMBI (lecanemab), terapi pengubah penyakit (disease-modifying therapy, DMT) pertama di Malaysia untuk penyakit Alzheimer. Selama lebih tiga dekad, pilihan rawatan bagi penyakit Alzheimer terhad kepada pengurusan gejala semata-mata tanpa menangani punca penyakit tersebut. LEQEMBI merupakan terapi pertama di Malaysia yang menyasarkan punca asas penyakit Alzheimer dengan menyingkirkan amiloid, salah satu ciri biologi utama penyakit tersebut.




Dengan menyasarkan patologi amiloid, LEQEMBI telah terbukti memperlahankan perkembangan penyakit, sekali gus berpotensi memanjangkan tempoh di mana pesakit dapat mengekalkan kebebasan, kualiti hidup dan keupayaan untuk terus menjalani aktiviti yang bermakna kepada mereka. Ubat yang diluluskan untuk rawatan penyakit Alzheimer bergejala peringkat awal ini memperoleh kelulusan penuh daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada Januari 2026. 

Ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Eisai Malaysia, Kam Ai Teng, mengulas tentang kepentingan perubahan pendekatan rawatan ini serta bagaimana ia menandakan titik perubahan dalam cara penyakit Alzheimer difahami dan ditangani.

“Ini merupakan satu langkah yang amat bermakna dalam rawatan penyakit Alzheimer, apabila matlamat rawatan kini bukan lagi terhad kepada melegakan gejala, tetapi turut berupaya memperlahankan perkembangan penyakit itu sendiri,” kata Kam.

“Perkara ini amat penting kerana penyakit Alzheimer sebenarnya bermula jauh lebih awal sebelum munculnya gejala yang ketara. Apabila ramai pesakit menerima diagnosis, perubahan yang signifikan telah pun berlaku di dalam otak. Justeru, pengesanan awal kini menjadi lebih penting bagi memastikan pesakit berpeluang mendapat manfaat daripada kemajuan perubatan seperti ini.”

Keperluan untuk memperkukuh pengesanan awal penyakit Alzheimer menjadi semakin mendesak apabila melihat realiti demografi Malaysia. Dianggarkan bilangan rakyat Malaysia yang hidup dengan demensia, dijangka meningkat kepada 825,000 menjelang tahun 2050 — peningkatan melebihi 300% — seiring Malaysia menuju status negara menua. Beban ekonomi penyakit ini juga semakin ketara. Demensia dianggarkan menelan kos antara RM7.9 bilion hingga RM8.5 bilion setahun kepada negara, bersamaan hampir 0.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila mengambil kira kos penjagaan kesihatan, kehilangan produktiviti serta penjagaan tidak berbayar yang diberikan oleh ahli keluarga. Dalam konteks ini, terapi yang mampu memperlahankan perkembangan penyakit memberi kesan yang jauh melangkaui aspek klinikal, merangkumi kesejahteraan keluarga, penjaga serta sistem penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan.

Selain pesakit, penyakit Alzheimer turut memberi kesan emosi, fizikal dan kewangan yang besar kepada ahli keluarga serta penjaga, yang kebanyakannya menyediakan penjagaan sepenuh masa untuk tempoh yang panjang tanpa sokongan formal. Memandangkan penyakit ini bersifat progresif, keperluan penjagaan akan terus meningkat dari semasa ke semasa, menjadikan Alzheimer bukan sekadar isu kesihatan, tetapi juga cabaran sosial yang lebih luas. 



Menangani cabaran ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan melibatkan pelbagai pihak — dan usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan. Pelan Tindakan Demensia (NDAP) 2023–2030 yang dilancarkan pada 1 Oktober 2024 menetapkan hala tuju negara ke arah saringan lebih awal, pengurangan stigma serta sokongan yang lebih kukuh kepada penjaga.

Menerajui pelaksanaan pelan tersebut di peringkat akar umbi adalah Dementia Alliance Malaysia (DAMai), sebuah komitmen kolaboratif nasional yang menghimpunkan profesional kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh penjagaan serta advokasi berkaitan demensia. Sebagai suara bersama merentas sektor, DAMai berusaha meningkatkan kesedaran awam, memperkukuh laluan pengesanan awal dalam penjagaan kesihatan primer serta menyokong penjaga melalui latihan dan perkhidmatan penjagaan gantian (respite care).

Presiden DAMai, Profesor Tan Maw Pin berkata, kemajuan saintifik perlu disertai dengan kesediaan sistem penjagaan kesihatan bagi memastikan manfaatnya memberi impak yang bermakna kepada pesakit.

“Inovasi perubatan seperti terapi pengubah penyakit sememangnya membawa kemajuan yang nyata. Namun, impaknya bergantung kepada sejauh mana sistem penjagaan kesihatan bersedia untuk menyokong pengesanan awal, diagnosis serta penjagaan pesakit secara berterusan. Kerjasama antara semua pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan pesakit dan keluarga dapat mengharungi perjalanan penyakit Alzheimer dengan lebih berkesan,” kata Profesor Tan.



Kam turut menegaskan komitmen jangka panjang Eisai dalam bidang ini dengan berkata, “Eisai telah berada di barisan hadapan penyelidikan penyakit Alzheimer selama beberapa dekad, dan LEQEMBI merupakan hasil daripada dedikasi saintifik yang berterusan itu. Namun, inovasi sahaja tidak mencukupi — impak sebenar terhasil apabila ekosistem yang menyokongnya turut dibangunkan. Menerusi kerjasama berterusan dengan DAMai serta penglibatan bersama profesional kesihatan, penjaga dan pembuat dasar, kami komited untuk memastikan inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh pesakit yang memerlukannya, di samping membantu Malaysia bersedia menghadapi cabaran penjagaan demensia yang semakin meningkat.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Eisai Malaysia serta komitmennya dalam memajukan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pesakit, sila layari https://eisaimal.com.my/.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....