The Labs di Bukit Bintang City Centre (BBCC), dengan kerjasama M&M Creations Holdings Sdn. Bhd., mempersembahkan The Labs: Artist Series, sebuah program kreatif selama empat bulan yang meraikan bakat kreatif tempatan Malaysia dan mengubah The Labs menjadi sebuah platform yang menggabungkan seni, harta intelek (IP), teknologi, runcit dan pengalaman interaktif untuk pengunjung.
Berlangsung dari Ogos 2026 hingga Disember 2027, Artist Series menghimpunkan empat IP Malaysia; Pasaroly, Guji Guji, The Good Boisss dan Oh! Doodlez , bersama mural artist Jefr Studio dan Novak Batik.
Setiap artis membawa identiti kreatif tersendiri menerusi instalasi fizikal, pengalaman digital imersif, mural, koleksi merchandise dan pelbagai aktiviti interaktif yang berlangsung di sekitar The Labs.
Empat IP, Empat Bab Kreatif
Setiap IP menjadi fokus untuk musim perayaan yang berbeza sepanjang program ini:
Pasaroly — Merdeka & Hari Malaysia
Guji Guji — Mid-Autumn ("Meet Me On The Moon")
The Good Boisss — Halloween dengan inspirasi budaya jalanan dan kejiranan Malaysia
Oh! Doodlez — Musim perayaan hujung tahun dengan dunia yang penuh warna dan whimsical
Konsep ini memberi sebab baru untuk pengunjung kembali menikmati pengalaman kreatif Malaysia yang berbeza sepanjang Artist Series berlangsung.
Lebih Daripada Sekadar Pameran
Artist Series mencerminkan visi bersama antara The Labs dan M&M Creations untuk menyediakan ruang yang melangkaui konsep pameran biasa.
Sebagai rakan kerjasama IP dan komersialisasi untuk program ini, M&M Creations bekerjasama rapat dengan The Labs dan Immersify Kuala Lumpur untuk memilih serta menyelaras penyertaan IP tempatan, mengintegrasikan kandungan IP ke dalam pengalaman imersif, menyokong pembangunan merchandise, merancang aktiviti pengunjung dan aktivasi di lokasi, serta meneroka peluang komersial yang lebih luas untuk setiap IP.
Melalui kolaborasi ini, IP tempatan Malaysia dibawa keluar daripada dunia ilustrasi dan kandungan digital ke ruang fizikal, teknologi imersif, merchandise, runcit dan pengalaman sebenar bersama pengguna.
Artist Series Bermula Bersama Pasaroly
Siri ini dimulakan dengan Pasaroly, sebuah IP yang diinspirasikan daripada suasana kejiranan Malaysia, cita rasa tempatan dan momen harian dalam komuniti, yang diterjemahkan ke dalam dunia ilustrasi yang ceria dan moden.
Pengunjung boleh melihat showcase khas Pasaroly di ruang foyer Ground Floor The Labs, sebelum meneruskan pengalaman tersebut melalui kandungan imersif di Zone 6, Immersify Kuala Lumpur.
Pengalaman ini diteruskan lagi dengan aktiviti interaktif serta koleksi merchandise eksklusif di M&M Cafe, menjadikan pengalaman ini lebih daripada sekadar melihat karya seni.
Selepas menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, satu sesi Media Walk-Through turut diadakan bagi menjemput media, KOL dan blogger merasai sendiri pengalaman kolaborasi ini.
Platform Untuk Kreativiti Malaysia
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha The Labs untuk berkembang sebagai ruang urban yang meraikan seni, kreativiti, idea baharu dan pengalaman imersif di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, ia membuka lebih banyak peluang kepada kreatif tempatan untuk bereksperimen, berkongsi cerita mereka dan berhubung dengan khalayak yang lebih luas.
Bagi M&M Creations, kolaborasi ini juga menjadi langkah untuk mengembangkan potensi IP Malaysia ke luar ruang kreatif tradisional melalui peluang dalam runcit, merchandise, acara, pengalaman imersif, pelesenan, pelancongan dan kerjasama bersama jenama.
Bersama-sama, The Labs dan M&M Creations berharap dapat mewujudkan ruang di mana kreativiti Malaysia bukan sahaja dapat dilihat dan dialami, malah turut disokong serta dibangunkan secara komersial untuk diperkenalkan kepada lebih ramai orang.
First Chapter: Pasaroly
Bab pertama menampilkan Pasaroly, yang diinspirasikan daripada suasana kejiranan Malaysia dan memori zaman kanak-kanak kita.
Lepas explore showcase di Ground Floor The Labs, terus sambung pengalaman imersif dekat Zone 6, Immersify KL. Paling best, ada juga koleksi merchandise yang comel dekat M&M Cafe. 🤍
I suka konsep ni sebab ia bukan sekadar sebuah pameran, tapi satu platform yang memberi ruang kepada artis tempatan untuk berkembang melalui seni.
Dan ini baru permulaan. Lepas ni bakal ada Guji Guji, The Good Boisss, dan Oh! Doodlez dengan tema perayaan yang berbeza.
Memang berbaloi masuk dalam wishlist hujung minggu kalau tengah plan nak explore KL.







Seronok bila karya artis tempatan bukan sekadar mural, tapi berkembang jadi pengalaman interaktif dan merchandise juga.
ReplyDelete