Skip to main content

Posts

Showing posts with the label random

Kyyhaus Lembah Jaya Selatan Ampang

Random #040221 | Doyan Oh Doyan

Alkisahnya semalam Ocin bawa balik Doyan. Aduh punyalah excited bebudak ni gais. I satu-satunya manusia tak makan doyan kat rumah. Memang agak terseksa lah hidung.  Dia balik dan terus hulur kat I. ehh memang I larilah. Kau buat lah sendiri hahaha Keluar keluar bilik, dia dah siap bersila dengan ini ha. Kemain kan! Semalam 2 bekas licin bebudak ni makan. Katanya lagi sebekas untuk Atok Nanny , tapi licin disental. I bising lah, last last Mak marah I balik sebab bising anak makan. Laaa adoii. I bukan tak bagi anak makan, masalahnya  1) dah kata untuk Atok Nanny kan? I tak suka anak I 'ambil' bahagian orang. Faham tak? didikan bermula dari rumah ye  -__- 2) dah malam malam , makan doyan banyak banyak. Kang panas badan macam mana. aihh Tapi biasalah Atok Nanny sentiasa backup cucu. Kfine Makkkk!!! Lagi 1 bekas nak buat bubur. I memang TIDAK lah masak, so Atok yang buat. Memang kepakaran dia. Tau tau je siap. Fuhh bau semerbak 1 rumah gais.  Ocin sambil main game bukan m...

Lepak Family Mart Lepas Balik Sekolah | Random

Hari tu balik sekolah saja lah I ajak depa lepak kat Family Mart. Tak pernah lagi duduk kat dalam ni, selalu beli dan belah je Niat asalnya nak jumpa BFF I si Jue ni. Dia baru balik mengajar Taekwando and nak pass souvenir Hatyai sekali Tengoklah muka Gegirl tu. Macam dah telan ailio tengok makanan. Tapi bukannya makan sangat pun Aiskem baru tu. Not bad jugak. Memula decide beli 2, so kalau kids taknak kami yang dewasa ni habiskan. Sekali depa cakap sodapp. LOL tak merasa lah kami nasib dah jilat sikit Suka pulak korang kan lepak lepak macam ni. Kalau tengok dari harga, sesekali boleh la woi. Yelah boleh tahan harga jajan kat sini, coklat pun extra vaganza harga dia Tapi selesa lah sebab ada aircond, ada plug. HEHEHE Okay tu je. Nanti ada masa lepak lagi okay.  Korang pernah ke lepak dalam ni? Ke korang jenis macam I; beli dan belah? Toodles, xoxo 

Random Weekend: 301218

Last weekend for 2018.  Korang pergi mana je? Punya lah ramai holiday. Kami melepet di rumah je ha. Plus Ocin bukannya boleh cuti hujung hujung macam ni Hari tu I pergi Tesco masih ramai dok cari kelengkapan sekolah lagi. I punya setakat ni okay kot, dah setel semua. Ala bukan banyak pun. Buku latihan kat rumah nanti nanti boleh beli kan. Sekarang ramai parents tempah sticker je kan. Tapi I masih old school kahkah. Gigih nau print and tampal 1 by 1. Maklumlah sekarang kan I ada banyak masa. Uolls ingat lagi zaman kikis pastu ukir nama. Ha tu lagi gigih. Tapi I tak berapa rajin, so macam ni cukup lah Zaman sekolah dulu I paling tak suka warna bercampur. Kekadang siap buat titik untuk pastikan tempat yang betul untuk kaler tu. Macam semak lah kalau dia campur aduk kaler. I'm 100% sure I takde OCD, cuma I nak dia teratur je , gtew. Tiap kali orang nak pinjam I akan pesan, letak tempat dia balik Tapi selalu setengah tahun pertama je lah. Towards the end, kaler ...

Bukan Senang Nak Ajar Anak | Personal

Holla gaiss. Next week sekolah dah start. Rasa sekejap sangat cuti ni. I pun baru nak masuk 2 weeks jadi housewife yang berjaya. Gtew Sesungguhnya duduk rumah dan hadap anak 24 jam ni memang menduga kesabaran. Yelah I dah biasa kerja. Pergi 8am, kekadang 8pm baru sampai rumah. Kekadang tu pergi kerja anak masih tidur, balik kerja anak dah tidur. Sampai rasa macam 'tak jumpa' beberapa hari pulak. Ni dah hadap 24/7 memang lain la perasaanya. Perasaan apa ? Ha sama ada nak jerit tahap speaker masjid atau nak cekik diri sendiri. Geram tahu tak. I tahu tahap kesabaran I memang kurang sebab tu I tak pernah minat jadi tenaga pengajar. Yelah I pun tak realistik, I anggap ajar sekali dah faham. Eh mana boleh! Nak suruh sambungkan dot dot pun kena cakap 2,3 kali. Tu pun senget I ada jugak mengadu kat BFF I yang juga bekas pre school teacher (currently cikgu taekwando), yelah I nak tahu anak I tak normal ataupun I yang kurang waras. I rasa I dah cukup logic dah untuk mara...

Finally A Housewife | Personal

Tepat 13.11.2018 pukul 1pm, I dah bertukar status. Dari working mom kepada housewife. Fuhhh Ni keputusan drastic yang agak besar I buat tahun ni. Walaupun banyak yang menghalang tapi takpelah. Plus I ni tak makan pujuk cara reverse psiko ni. Ada ke patut yang jenis nak pujuk "cukup ke gaji laki?" "living cost in KL is very high" " can survive ha? Cannot lah" "you wont find this kind of environment blablabla" Fuhh yang pujuk pakai ayat tu memang very insulting and lagi dibagi ayat macam tu lagi keras hati gua nak belah. gteww. Banyak lah sebab . bak kata HR masa exit interview "awak ni banyak awak pendam, 5 tahun  ni" hehehe takpela. apa apa lah. Janji I taknak toleh belakang. Takmaulah cerita kat sini sebab ada kawan kawan opis baca *lambai* hahhaha Apa pun, persahabatan yang terjalin selama 5 tahun ni memang awesome. Lagi lagi I ni receptionist, memang semua kenal I and I pun kenal dorang. Memang kena dengar suar...

My BFF is backkkkk | Personal

  Hari tu bfffffff I balik KL. wehuu. dia ni kejap KL kejap Kelantan kejap Indonesia kejap UK. nomad sungguh. hahahah   So I dah warning dia. kalau dia jejak KL tak jumpa I memang nak kenalah jawabnya kahkah. Maka jumpa lah kami walau sekejap cuma gtew       Kami memang contact di Whatsapp and socmed. Tapi mana sama 'tumis bawang ' depan depan kan. hahah.   Dia ni ex officemate I dulu. Banyak benda sekepala dengan dia tu boleh ngam walaupun jarang jumpa. Gitchew.   Btw dia pun blogger tau. Banyak tulis pasal travel. Mana lah tau korang nak Tanya pasal tempat travel esp Indonesia, Thailand and Ukeh Ukeh tu boleh ler Tanya dia   http://bungacempakasari.blogspot.com/   or boleh checkout IG dia @crfoodandtravel okay   Dah umur umur macam ni, memang tak heran sangat kawan datangg dan pergi. Tapi kalau ada seketul, dua tiga ketul tu stay lah diam diam okay   May our sistership last long. Thanks for...

Hari Raya Pertama | Personal

  Holla uolls   Selamat Hari Raya semua. Masih mood Raya ke tu? I dah masuk office Raya ke -5. Jimat cuti uolls.     I macam biasa 1st Eid pepagi tu kat rumah. lepas tu bertolak balik Sg Buloh, belah MIL I. jalan jalan rumah sekitar lah   Bezanya this time I bawa Ash sekali. (last year dia kena tinggal)   This time I confident sikit nak bawa. Plus dia dah boleh jalan (and LARI LARIAN hahaha) . kalau tak, patah pingganglah nak dukung wehh     Ni lah family photo kami. Wajib oi nak buat kenangan. Kami pakai baju tahun lepas je, sponsor dari Bintang Fashion .   Ramai puji baju cantik. yelah kaler tu ha menyerlah. Murah je uolls.  Makanan simple je uolls. Tak dan nak mengari dah. Mak busy siapkan order. This year tak bukak order kat office Ocin. Jiran jiran, sedara mara je   Kuih tu ha banyak tunjuk. satu jenis kuih , sebotol. Malam raya dah habis separuh botol. -__- This is their 1st s...