Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Bukan Senang Nak Ajar Anak | Personal

Holla gaiss.

Next week sekolah dah start. Rasa sekejap sangat cuti ni. I pun baru nak masuk 2 weeks jadi housewife yang berjaya. Gtew



Sesungguhnya duduk rumah dan hadap anak 24 jam ni memang menduga kesabaran. Yelah I dah biasa kerja. Pergi 8am, kekadang 8pm baru sampai rumah. Kekadang tu pergi kerja anak masih tidur, balik kerja anak dah tidur. Sampai rasa macam 'tak jumpa' beberapa hari pulak.

Ni dah hadap 24/7 memang lain la perasaanya. Perasaan apa ? Ha sama ada nak jerit tahap speaker masjid atau nak cekik diri sendiri. Geram tahu tak.

I tahu tahap kesabaran I memang kurang sebab tu I tak pernah minat jadi tenaga pengajar. Yelah I pun tak realistik, I anggap ajar sekali dah faham. Eh mana boleh! Nak suruh sambungkan dot dot pun kena cakap 2,3 kali. Tu pun senget

I ada jugak mengadu kat BFF I yang juga bekas pre school teacher (currently cikgu taekwando), yelah I nak tahu anak I tak normal ataupun I yang kurang waras. I rasa I dah cukup logic dah untuk marah dia, apa ko straight line pun tak tahu buat!

According to my friend, its normal! yes it is. Ada budak perlu diulang beberapa kali. Ada budak memang saja nak seek attention. So kita kena tahu 'pattern' anak kita macam mana.

So, kira I yang tak normal dalam cerita ni?

Kuncinya, ialah SABAR. Kalau sabar semua boleh jadi. Tapi tu lah, kesabaran I dah cicir kat mana entah. Kena audit diri ni.

Of course I rajin 'cedok' ilmu dari orang. Mana mana orang yang ajar / share parenting tips, I akan cuba sesuaikan dengan situasi I. Kalau boleh digunapakai , why not? I selalu pesan kat diri I, jangan sombong. Sentiasa dengar cerita parents lain jugak. Sesetengah orang beranggapan , dia dah ada anak berderet, cara didikan dia lebih bagus dari orang yang baru ada anak sorang. NO! Mana tau ada benda positif yang kita boleh belajar. Tak salah tuntut ilmu/ cuba cara baru okay

Back to the story, I dah mula belajar sikit demi sikit 'pattern' anak anak I. Especially Lihin. Dia ni senang hilang focus. suka dipuji dan tak suka dipaksa. Jadi kalau nak suruh tulis A-Z, tak boleh lah buta buta suruh tulis je. Sebab dia tulis ABCDEFG, dah cakap penat lah apa lah. Padahal nak main. Kekadang baru pegang pensel dah kata mengantuk. padahal dari tadi melompat sana sini banyak energy.


Siki Sikit Lama Lama Jadi Bukit

Macam I pernah cakap, salah satu sebab I benti kerja ialah nak ajar dia. Lihin memang lemah, paling lemah di Tadika (kalau korang baca entry lama I), jadi I nak focus kat dia. Bukan niat nak bersaing,tapi I taknak dia disisihkan or diejek kat sekolah. Maklumlah, cikgu dan student lain kan PANDAI sangat. -__-

Jadi I cuba gunakan waktu sependek yang boleh. Contoh I akan bagi dia color 1 gambar yang mewakili alphabet waktu pagi. Let say A - Aeroplane. Dah lepas color tu dengan lajunya dia pergi main. Tapi nanti .tengahari sikit I akan tanyalah

"Abang.. A for?"
"Aeroplane"

Okay good. Lepas tu again dia sambung main. Benda ni I akan buat ulang ulang. Setakat ni banyak jugak words dia dah ingat.  Yes ada part menguji kesabaran. Macam I baru sebut, pastu dia lupa.Aduh geramnyaa. Tapi I happy sebab nampak jugak hasil

Skil Kehidupan

Bunyi macam 'tinggi' sangat, tapi I berhasrat dan berharap anak anak I dapat kuasai skil skil gtrew. maklumlah, manusia walau tinggi mana education dan pangkat dia tapi kalau takde  skills memang kena maki je lah selalu

Bukan lah I nak suruh dia belajar customer service attitude ke apa , tapi benda basic dan simple yang sepatutnya dikuasi dari kecik. Tapi tu lah. haihh

Benda simple, macam sayang haiwan. Jangan main tendang terajang haiwan. Lepas tu, magic word jangan lupa iaitu 'Please' and 'thank you'. Tak kiralah BM ke BI ke, ramai orang dewasa pun lupa benda ni. Selain tu, sebagai seorang yang bercampur gaul dengan masyarakat, adalah tidak bagus kita ajar anak kita panggil orang tu dengan gelaran bangsa mereka. Waalupun tiada unsur carutan di situ, tapi tak sedap didengar.

Contoh; " Eh, orang India tu nak lalu lah", " eh tengok orang Cina tu buat apa?"

Ni untold and unwritten, tapi yes memang tak bagus. Tak payahlah sebut bangsa. Benda ni ramai tak faham. Pada mereka takde unsur carutan so takde apa. Still, tak sedap didengar.

Okay I hope apa I sampaikan ni takde salah penerimaan pulak ye. 

Tanggungjawab

Besar tanggungjawab jadi makpak ni kan. Nak kena didik, bentukkan seawal mungkin. Tak sama langsung macam acuan kuih tu ha. I rasa tekap kuih sekali dah boleh jadi. Anak? No No No. Kena ulang benda yang sama. Sekecik kecik benda. Kita larang dorang layang Youtube. sekali je nampak kita layan, dia dah persoalkan kenapa kita boleh dia tak boleh? Ha payah menjawab tu

Nak kata 'beban' di dada tidaklah, rasa macam berat di bahu je. Macam macam benda nak kena fikir. Anak makin besar, makin panjang akalnya. Nanti dah bercampur kawan kawan 'bertambah ilmu'. Haih risau risau. Ilmu akademik takpe jugak, ilmu lain? Ni anak I dah pandai lagu cinta walau I tak bukak radio (lepas dia tahu lagu baru bukak), dah pandai usik usik kahwin -__-, eh memacam lah. Rasa nak siat je mulut tu . Grrr

Apa pun semoga kita sebagai parents especially Mak lah, dikurniakan kesabaran yang tinggi melangit juga kesihatan yang berpanjangan dalam mendidik anak anak.

Amin

Toodles, xoxo







Comments

  1. memang kalau saya pun selalu je menyinga bila mengajar anak2, konepnya sekali ajar anak dah faham huhuhu sebab maknya sibuk nak masak nak mengemas pulak adehhh teruk betul rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, menduga kesabaran betul. lagi lagi yang jenis tak focus. lepas tu bila tanya, jawapannya tak tahu. aduh

      Delete
  2. Faham Cici..memang itulah cabaran kita as a parents kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu