Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Finally A Housewife | Personal

Tepat 13.11.2018 pukul 1pm, I dah bertukar status. Dari working mom kepada housewife. Fuhhh

Ni keputusan drastic yang agak besar I buat tahun ni. Walaupun banyak yang menghalang tapi takpelah. Plus I ni tak makan pujuk cara reverse psiko ni. Ada ke patut yang jenis nak pujuk

"cukup ke gaji laki?"
"living cost in KL is very high"
" can survive ha? Cannot lah"
"you wont find this kind of environment blablabla"

Fuhh yang pujuk pakai ayat tu memang very insulting and lagi dibagi ayat macam tu lagi keras hati gua nak belah. gteww.

Banyak lah sebab . bak kata HR masa exit interview

"awak ni banyak awak pendam, 5 tahun  ni"

hehehe takpela. apa apa lah. Janji I taknak toleh belakang. Takmaulah cerita kat sini sebab ada kawan kawan opis baca *lambai* hahhaha

Apa pun, persahabatan yang terjalin selama 5 tahun ni memang awesome. Lagi lagi I ni receptionist, memang semua kenal I and I pun kenal dorang. Memang kena dengar suara I, liaised dengan I and blablabla.

101218

Awal awal colleague I dah ajak makan. Kami ni kena gilir gilir shift and lunch time so memang tak dapat nak keluar during opis hour. Nasib laki memasing jenis tak kisah bini balik lambat. so kami melepak la lepas kerja .

Dia ni bukan je partner tapi jugak kakak kat situ. Kami jenis gilir gilir, kalau I tetiba 'mengaum' macam singa, dia lah yang cool. Kalau dia pulak mengamuk, I lah yang sengih sengih hahaha.

We understand each other joke; tak kisah lah jenis macam mana pun.



I bagi notis 60 hari . Tapi I cuma bagitahu dia 2 minggu sebelum. I tak tahu macam mana nak bagitahu actually. So start dari the day I told her, dia bagi I hadiah everyday. Gula gula la coklat la cupcake la . Haishhh



111218

Dok pikir nak makan kat Avenue K, tapi tak tahu nak makan mana. Alang-alang depa ni tak pernah makan  kat Ah Cheng Laksa, I ajak lah makan situ. Fuhh nasib baik dorang suka. Siap plan nak lepak lagi lepas ni. Roger roger okayyy. I available je selagi I belum kerja lain. kahkah

Thanks Ken. Dia ni lawyer tapi humble, lepak dengan support staff je. His Bahasa very very good. Bagus , ni lah lawyer yang kita cari. Time I last day dia takde, so tu yang lepak awal.

Asyraf ni admin kat opis I. Pangkat adik ler. Tapi gambar farewell I memang semua ada muka dia hahaha.


Malam tu my 'tumis bawang partner' bawa I makan Smoked Duck Carbonara' uolls. cenggitu la kot namanya. Ni kat restoran Italy ke apa entah, somewhere in Damansara Heights. Sedap, harga pun sedap kahakh.

Eh jap I bukan review makanan. I nak cerita pasal farewell hahaha.


Ni PR kat Comms Dept. Ha tapi korang jangan PM dia mintak job pulak sebab dorang corporate PR , jenis main saham dan sebagainya. Takde lifestyle lifestyle ni.



121218

Awal pagi, Kak Idah , tealady kat opis dah bagi kuih. Ni memang favourite I ni , I boleh habiskan satu loyang sorang sorang haha. Korang pernah makan? namanya Talam Pandan. I kenal kuih ni time kerja kat sini lah, bila ada event mesti order from Cold Storage / Nyonya Colors. Tak pernah jumpa kat gerai gerai lagi woi

Btw, Thanks Kak Idah.


Lunch pulak dengan geng secretary kat opis ni ha. Yang lain busy takleh join.

Dorang ni lah banyak tolong I, helpful la kalau setakat nak minta tolong check file, tolong collect document on behalf. eh memang baik lah.

Ha kan dah kata muka Asyraf ada lagi. hahaha . Thanks dek teman akak.




131218

Masuk opis je nampak ni. Terkejut weh hahah. Clement ni balas balik apa I buat kat dia dulu. Terpaksa jugak cabut 1 by 1 sebab nak hantar email hahaha




Gonna miss you tu.


Awal awal pagi lagi dah bergambar. Effie takut I dikerumuni orang. kahkah. ko ingat aku retis ke ?


Thanks Haziq pakai camera you.. aduh meleleh ailio dengan iPhone XS Max ni. huwaaa


One of banking lawyer yang sangat baik. soft spoken. Orang pertama yang I ingat nama dia. sebab dia suka senyum. Kalau ada document pun dia datang sendiri je ambil.

Yang sombong/ tunjuk attitude biasa I tak ingat dan taknak ingat hahaha


Makan dengan geng admin. Thanks korang.


One with sebahagian dari conveyancing department. Hari hari memang ada je lawak dengan depa ni. tak sah tau kalau sehari tak menyakat. Paling penting kami faham lawak each other, so takdelah majal sangat. hahah

Before clock out I cakap bye bye kat officemate. Lawyer lawyer cakap thanks sebab banyak tolong filter call especially untuk hard-to-handle caller, so at least depa boleh prepare fizikal mental bercakap dengan  sapa. maklumlah orang kan jenis tak sabar.

Rasa terharu bila orang cakap macam tu. At least I tahu I berjasa. Gtew.



Nanti rindu dengan lawyer comel ni. Selalu share dengan dia pasal brand makeup, makeup of the day dan sebagainya.


Hope your new partner nanti kuat makan macam I jugak okay. Lepas lunch je terus

"I lapar lah"

ahahhaa T_T


One with Kak Idah. Ni tealady opis ni, lama dah kerja sini. She's very helpful and tak berkira langsung.


Dorang ni tau I'm easily pleased with food hahaha. so depa dok belikan I macam macam makanan. Ni kuih dari one of our office boy. Thanks Man.


Hadiah dari kawan kawan opis. Thanks kau korang. sedih pulak. Siap ada sesi air mata sekejap tadi. I memang tahan . kang rosak lah makeup. kahkah



Banyak yang I belajar sepanjang 5 tahun kat sini. Macam macam orang I jumpa. Kira berguna jugak lah I belajar Mass Comm and pengalaman kerja front line hotel + buat sales few month dulu, I campurkan semua and brush up my customer service skills kat sini.

Walaupun orang selalu pandang sebelah mata kat Receptionist (ni bukan I merendah diri tau >,< tapi memang orang cakap sendiri, setakat recep blablabla dan macam macam lah) tapi I tetap bangga dengan position I. tanpa recep, sapa nak filter semua 'angry bird' kat luar tu, sapa nak merayu kat courier guy di kala korang belum siap document. ha sapa sapa?

Btw , one of secretary partner pernah cakap client puji I kat big boss sebab intonasi suara I yang bersemangat gitu jawab phone. Alhamdulillah, walau takde sijil or award tapi pujian dalam diam macam tu buat I lega, at least I tahu I dah buat sehabis baik and buat orang happy bila contact kami

Clock out at 3.48pm. Padahal halfday. hahaha bye office. Dua kali mengandung beranak kat sini. Macam macam kenangan ada.


Toodles, xoxo

*I still need to come back nak collect parcel hahaha. I dah siap pesan jangan redirect barang I pulak.

Comments

  1. In shaa Allah, rezeki ada dimana-mana..yg Clement tu tk tahan..sweet..hihi..

    ReplyDelete
  2. alahai nk berhenti ni semua rasa ada kan dik... teringat masa akak berenti keje kt utm dulu n pastu keje gomen kt kl nih...
    masa mula2 keje kl ni gaji ciput... tp lama2 alhamdulillah

    awk tu pun klu jd surirumah sepenuh msa pun ok dik, sambil2 bt job kt umah kan... mcm2 skrg blh buatnya... bt review je pun mcm best akak tgk... aktif betul kamu

    tak semestinya keje receptionist tu elok, bg akak selagi kerja tu halal, keje apa pun ok
    lagipun receptionist ni dikira sebagai muka depan sesebuah company tu... bkn calang2 pe

    ReplyDelete
  3. InshaALLAH cici..ku doakan semuanya nanti dipermudahkan. All the best untuk your future undertakings yeah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu