Selepas sekian lama menyepi dari pentas utama, kumpulan rap legenda, 4U2C, mengumumkan bakal mengadakan konsert eksklusif yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September depan. Hampir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama WE 4U2C adalah platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat 'comeback' bagi mengubati kerinduan peminat. Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung. Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik. Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. t...