Skip to main content

Nostalgia Desa 2024 | Berbuka Puasa Di Farm In The City Seri Kembangan

Pakej Discover Kuala Lumpur Dengan Hop-On Hop-Off

Pernah tak transit di sesebuah negara tapi tak tahu nak buat apa? Ha korang yang kaki travel mesti boleh relate dengan situasi ni kan. Bila dah berpeluang singgah di negara tu takkan lah nak duduk di aiport je, mesti nak ambil peluang jalan jalan di tempat menarik.

Pengalaman Menyaksikan Bandaraya Kuala Lumpur

Tak lengkap percutian di Asia kalau tak melawat bandar besar Kuala Lumpur. Ha jangan risau pasal pengangkutan sebab  sekarang ni Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bekerjasama  dengan KL Hop-On Hop-Off demi kemudahan pada para pelancong dengan menyediakan pakej Discover Kuala Lumpur




Inisiatif Discover Kuala Lumpur ini juga mendapat sokongan dari Malaysia Airports sebagai usaha mereka mempromosikan kemasukan pelancong. Dah ada pakej macam ni, para pelancong dapat masuk ke pusat bandar dengan lebih mudah. Sambil-sambil tunggu transit/next flight tu dapatlah para pelancong melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur. Mana lah tahu mereka berkenan nak kembali ke Malaysia untuk destinasi seterusnya.



Bas Hop-On Hop-Off ni masih mengekalkan konsep yang sama di mana para pelancong boleh turun atau menaiki bas dari mana mana hentian yang disukai dan voucher tiket  sah dalam masa 24 jam.Jangan risau sebab ada penerangan yang akan diberi dalam Bahasa Inggeris. 

Pakej Garden Route & City Route

Pakej ni terbahagi kepada dua; Garden Route & City Route. Kedua-duanya mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan trafik. Para pelancong bebas memilih dan merancang perjalanan mereka bergantung pada waktu penerbangan seterusnya. Mudah kan kalau ada pakej yang fleksibel  macam ni. Takdelah terganggu waktu perjalanan seterusnya.



Bagi pelancong yang berminat nak 'meneroka' Garden Route, mereka boleh terus ke hentian nombor 16 yang terletak di luar pintu masuk KL Sentral. Route ini akan membawa penumpang ke 15 lokasi bermula dari Muzium Negara dan melalui beberapa tarikan seperti Bangunan Perdana, Masjid Jamek dan Kampung Baru.

Kalau teringin nak merasai route lain boleh je. Boleh ke hentian Bukit Bintang dan join trip untuk City Route. Tapi kena pastikan korang ada lebih 10-jam waktu transit lah.

Untuk City Route pula, para pelancong akan dibawa ke 11 tarikan urban utama termasuk Bangunan Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur. Kalau nak merasai pengalaman beli-belah di Chinatown pun boleh tau.



Untuk maklumat lanjut atau pembelian , korang boleh lawati webiste rasmi HoHo bas

Hop-On Hop-Off


Comments

  1. teringin nak naik hop on hop off bus, selalu nmpk foreigner je byk naik..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu