Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Batas Suami Dengan Kawan Perempuan

Hi everyone,

cepat cepat update, dah nak balik. Actually dah habis kerja pun sementara menunggu Mohd Ocin malas lah turun. Bukan ada tempat nak duduk. eh ada. Tapi kena bayo ler. cis nothing free in this world bebeh

Terpanggil I nak Google sana sini. I suka betul baca experience orang, baca pendapat orang tentang sesuatu perkara. Macam boleh bukak minda lah kononnya. Sebabnya melalui pembacaan kita boleh pilih yang mana kita setuju. Kalau Tanya depan depan kang, kena je la senyum walau tak setuju. Takut kecut hati kang.and and personal opinion ni melambangkan kematangan kita sebenarnya

I suka artikel ni. Pasal Batas Suami Berkawan dengan Perempuan Lain . Ya Allah suka sangat tak tahu nak cakap apa. Ni salah satu nya ye

1 – Hindari keluar makan malam berdua-duaan bersama wanita bukan mahram
2 – Elak pergi berjauhan berdua bersama wanita bukan mahram
3 – Jauhi tempat yang romantis bersama wanita bukan mahram
4 – Jangan bercerita rahsia rumahtangga kepada wanita bukan mahram
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman wanita

 Okay biar I cerita sikit. I taktahulah kenapa perempuan zaman sekarang ( aipp macam aku zaman batu pulak) suka sangat / selesa sangat dengan yang berlawanan jantina tanpa mengira status. Lagi lagi yang boleh masuk la kononnya, atau pun mungkin umur hamper sebaya. Ha itu menjadi masalah lelaki kahwin muda , ramai anak takde dara tak kahwin lagi. terjadilah dia seronok berkawan dengan suami orang.

Dia takkan kisah status orang tu, anak bini orang tu dah makan ke belum kat rumah. Takde Nye lah nak Tanya pasal semua tu. Dia hanya akan

" wei boring. mamak jom. jom lah weyyyy"

" fuhh siap jugak kerja. Jomla Pergi makan jap. jomlah bukan selalu dapat balik awal macam ni"

tak kisahla berdua ke, atau ajak orang lain sekali ke. tapi ada ke dia Tanya

"eh jap. wife kau masak tak kat rumah? nanti dia makan apa? eh anak kau dah beli belum susu pampers bulan ini?"

ha buat apa dia nak Tanya kan, dia sendiri tak kahwin lagi. takde perasaan orang dah kahwin tu.

Umum dah tahu lelaki ni pantang di perkecilkan / dicabar/ dikutuk / dikata takut bini

" eii takut bini lah wei"
" yelah dah ada bini, dok berkepit bawah ketiak bini je lah"
" orang ada bini kan, kang balik lambat kena tidur luar pulak"
"hek eleh, muka ganas, takut bini rupanya"

kalau lelaki sama lelaki, memang mulut dorang tak pergi tusyen . Tapi kalau perempuan yang lafazkan. huk oloh jalang sungguh.

yang pasal pergi bercuti tu terlalu general . haih tapi it exist okay. bukan benda dalam drama petang petang. ada je

"wei jom pergi penang, ala jomlah , jomlah"
" kau cakap lah ni office punya trip" ( ajar menipu? kau tengok macam mana laki kau tipu kau)

apa yang berlaku di destinasi percutian adalah diluar gambaran penulis. sila imagine.

Yang pasal bercerita rahsia rumah tangga taktahulah. I kalau takde dengar dengan telinga sendiri tak berani nak conclude sendiri. Tu ha yang bersahabat dengan bekas teman wanita.

" ala you sejak kahwin sombong lah dengan I. yelah orang ada bini kan, mana lah ingat kita"

kalau I yang heartless ni akan jawab macam ni

"ohh, perlu  ingat ek?"

okay enough. beremosi pulak muahahha

Kalau korang bukak link tu, di point no 4 ialah

4. Menjauhi perbualan yang membangkitkan selera

urm  bila sebut pasal selera I lapo. teringat siakap 3 rasa,*(oi gua ngidam ni bila nak dapat. leleh air liur anak gua). Itu nafsu makan I lah. macam mana dengan nafsu 'makan luar' para suami yang kelaparan? erk mesti ada orang nak kata isteri lah yang tak sediakan 'makanan lazat kat rumah'. erkk salah wife ek

Ada perempuan gigih nak tunjuk betapa Amerika nya beliau dengan borak pasal tutt tuttt dengan 2,3 lelaki sekaligus. Alaa selalunya terjadi kat chat/moment/wassap group dan sebagainya lah. ada yang borak depan depan? fuhh dahsyat.

tak tahu apa dalam pale otak? takut dikatakan kuno kah kalau tak cakap pasal tu? malu kot kalau dikatakan kg,com sebab taknak cakap pasal main main.

kau cakap jilat jilat, tau tak apa laki tu terbayang bila pandang kau depan depan? kalau boipreng tu lantak ko ler. kau sendiri tutup aurat atas sampai bawah takkan halal haram mahram muhrim taktahu kan. tapi ni kengkawan, random friends. serupa buat service phone sex je , tak gituh? Dahlah percuma =.=

Actually entry ni dah diperap 5 hari, apa yang I nak sampaikan pun dah lupa =.='' k. tapi kesimpulannya , Tuhan tu Maha Adil. Hari ni kita bagi seorang perempuan menangis . Esoknya kita akan menangis  :') jangan ingat kita akan terlepas. Jangan cakap "Ohh , aku bukan jenis kuat jeles, so takdenya aku jeles setakat laki aku nak keluar makan dengan pompuan". Nanti timing yang sangat baik, mungkin masa tu kita tengah pakai kain batik , rambut sanggul, pakai param pilis and bau rempah ratus kat rumah kendong anak siap ada bau susu lagi tetiba Nampak officemate husband upload gambar gambar dengan caption 'Keluar Makan Tadi' tapi 3,4 pic laki kita berkepit / dikepit dengan perempuan pakai skirt pendek bontot nak tonggek tonggek pipi nak rapat rapat. apa lah perasaan time tu ek . Jangan takbur ye. semua perempuan sama je punya hati , perasaan, naluri dan sebagainya



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu