Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kenapa Pilih Czer? Normal Lebih Baik

Assalamualaikum W.B.T

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu insya Allah I akan bersalin secara elective czer .

Elective? elective ni maksudnya I yang pilih. Bukannya emergency macam last minute terpaksa disorong ke dewan pembedahan lepas tu kelentang kelentung semua orang kelam kabut pakai mask, pakai glove.

and bila sebut I yang pilih mesti ramai ( of course yang kurang arif dan tak rapat pun dengan I) yang sangka I sengaja pilih. macam bapak gua ada title VVVVVIP lepas tu pihak hospital dengan segala hormatnya bagi I memilih semacam I pandai bab medical .

pffttt

Bosan tau. Bila dorang tanya bila due I cakap lah sepatutnya blablabla tapi sebab kan czer so I akan warder blablabla lepas tu ayatnya

" ha kenapa? you tau tak susah nak jaga czer? its not easy. memang nak keluarkan baby tu senang , takpayah push tak payah sakit tapi most of ppl said susah nak jaga pantang. blablabla"


Wait, sapa yang cakap senang? walaupun I tak pernah di czer lagi, tapi terbayangkan operation room dah rasa gigil dah. tak masuk bab kena injection.kena masuk urine tube. bius blablabla.

Baby first dulu I koyak 3rd tear ( 10x dah gua bercerita) kena jahit dalam operation room, perasaan time tu. fuhh. tau tak berapa banyak jarum yang dicucuk kat leher, bahu, lengan, dada. I keluar hopsital dengan kesan lebam sana sini. masa masuk urine tube tak rasa. tapi masa nak keluarkan tu ya  Rabbi. tau tak perasaan trauma nak berak? and hanya orang yang pernah beranak je tau yang orang dalam pantang  pas beranak ni ada macam macam style untuk berak =.='' and I kena follow up dengan hospital almost 1 year tau

" you go for normal first. kalau tak boleh baru masuk operation room"

alamak senangnya cakap, T_T kenapa kena wujud orang macam  ni, buat terasa down je

Sejak I tahu I mengandung, I sedar I kena buat pilihan. First, I bagitahu gynae yang I pregnant. before that I dah discuss dengan husband, kalau doc kata boleh proceed I akan proceed,Kalau dia kata I kena lepaskan, terpaksalah. Bukan I takde hati perasaan, bukan I nak jadi pembunuh dan bukan I nak menidakkan takdir. Tapi Ilham Solihin perlukan I jugak. sambil sambil tu I doa jugak apa salahnya I nak ada yang 2nd kan.

So bila gynae kata its okay to proceed, yang lain ie cara bersalin discuss later then Im so happy. dan sejak dari tu i keep praying untuk kesihatan kami dan permudahkanlah semuanya. rezeki ni. I tak kisah apa cara , janji kami selamatkan. I nak besar besarkan both them * emosi*

Sampailah masanya doc cakap "I'll see you next month, Pls bring your husband along. We will discuss about your labour"

fuhh, masa tu mata berair. Ohoi , macam keputusan paling besar dalam hidup tau. Nak kahwin pun I tak pernah pikir macam ni. terus kahwin je. T_T I ada jugak cerita ( bukan mintak pendapat ye) dengan orang orang yang I rasa boleh berfikir.

dengan dengar cerita ke horror an previous labour experience I, orang dah kata "czer je lah". Tapi I tak mudah mengalah. I senyum je. I tetap doa yang terbaik. Tuhan tau yang terbaik. Biar lah jawapan/ cadangan selepas ini adalah yang terbaik. Then , ramai jugak advise untuk second opinion. Pergi private mintak pandangan doc sana. Yelah pandangan depa kan berbayar bukannya borak borak kosong.

 I pergi private clinic je . Nak pergi spital macam err takpelah -,-'' memang tempat I buat monthly checkup. Macam macam jugak I tanya. and doc tu cakap

" If I were you, I will go for caesarean. You still young blablabla..."

panjang jugak soal jawab kami. I puas hati dengan explaination dia. pros and cons semua. Yelah, memang itu mungkin bukan yang terbaik tapi setiap benda ada alasan sendiri,.and maybe dia nampak i bukan 100% setuju  dia kata

" okay macam ni, I understand, takkan suka suka you nak kena bedah kan. Next option is asking for epidural. If they can provide epidural on time, so you can go for normal delivery. It will reduce your pain. At least takdelah sakit sangat, takdelah you teran awal sangat"

I setuju and tanya dengan doc kat hospital.But she said

" we can give you epidural but we cant promise because our epi staff here only office hour. kalau HKL maybe 24 hours"

erghhhh

and time tu jugak I kena bagi jawapan, sebab nak book slot . yelah ni gomen ikut slot. bukan boleh pilih. Alhamdulillah dapat Friday. cuma tak dapat 21hb je =.=

Sekarang I fokus pada czer. Google experience orang, masa confinement la. I macam dah redha lah. Cuma panas telinga bila dengar orang cakap itu ini. pertikaikan itu ini. Bukan seronok pun merelakan diri disiang. Bukan seronok nak kena jaga pantang betul betul. Bukan seronok bila tau perut akan ada parut T_T

makcik makcik tu pun sibuk cakap "takleh pakai bengkung, nanti perut buruk , geleber, hitam blabla"

I pun layan

" yaa Gosh, cannot wear bikini anymore. also cannot wear sexy lingerie kan. how lah to seduce husband after this"

pfftttt.. entah lah I pun tak tahu macam mana nak explain kat semua orang. Tu kekadang bila orang Tanya kejap I kata early Dec, kejap end of Nov. Malas nak cerita I kena czer T_T haih

*notakaki: semalam tengah berangan sambil bergolek,( menahan sakit Brixton Hicks) terbayang jap, macam mana tengah sakit ni, contraction dah sekata seiring dan sejalan pergi spital sekali doc check dah Nampak kepala . urgh, tak sempat masuk labour room/ tukar baju, teran terus keluar, perghh tu namanya rejeki bill spital pun tak banyak. silap silap beranak pagi petang keluar,.Tak gituh? doa doa lah ye. . :D

dan sekali lagi ye makcik makcik yang dihormati sekalian, sesungguhnya I tak pernah berdoa untuk ke arah czer mahpun normal. I doa supaya apa saja yang berlaku adalah yang terbaik untuk I. Allah tahu apa yang terbaik. Kun Fa Ya Kun. Insya Allah, amin. [ actually Ive learned from mistake. Akibat takut sangat digunting, I doa siang malam taknak gunting. ye betul Allah makbulkan tapi rabak habis]

Comments

  1. Hi, i tgh preggy 2nd baby 35w. N doc advise utk elective czer due to 1st delivery i 3rd degree tear jgk. Skrg rasa mcm2. Down ada, tawakal pasrah semua ada. Org yg x paham akn srh try normal dulu tp high risk tu buat i x terpk how i nk try normal. Rasa mcm cpt pulak dh 35w. O x decide lg utk try normal or terus go for elective czer

    ReplyDelete
    Replies
    1. I faham babe. orang yang tak rasa je tak paham. paling kelakor bila dia taktahu pun pasal benda ni. dorang kena banyak membaca and one more thing ingat gomen suka suka nak czer? separuh nyawa meneran pun dia akan paksa teran lagi okay . all the best babe. semoga dipermudahkan semuanya. I dah 1 year dah czer. parut I biasa je lah, ada keloid ( yang kulit timbul) tapi tak teruk sangat, ye tak cantik, tapi sapa nak pandang >,< jaga pantang elok elok ye

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu