Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

beli baju terpakai? salah ke?

Happy Friday you alls

Korang pernah beli baju bundle tak ? I terbaca kat newsfeed I, seller ni dia jual baju bundle kanak kanak. lepas tu one of her buyer mintak refund sebab katanya macam kain buruk. padahal takdelah buruk mana pun.biasa je lah. dah refund, dia pergi sangkut bungkusan baju tu kat pagar akak ni. erk , sopan sungguh perangai.

seller ni yang jual bundle tu. boleh lah beli kat dia. I tengok semua lawa lawa. err sis sorry ye pic tanpa kebenaran. saya nak promote je . hewhewhew


well, I'm a bundle goers :) bukanlah macam oh wajibnya nak kena pergi bundle. I jenis beli apa yang I berkenan. seperti mana I buat lawatan sosial a.k.a window shopping di Charles & Keith dan juga H&M, begitu juga bundle lah.

Husband and my kids pun ada baju bundle. Nasib lah dorang ni takde masalah kulit sensitive ke apa ke. Ye la kena paham, ada sesetengah orang, white gold pun tak boleh inikan pulak bundle kan. But honestly masa mula mula I masuk bundle, I bersin non-stop. Okay segan. kahkahkah dah kenapa kan. Tapi sampai sekarang pun I terasa gatal gatal hidung. =.=''

ha ni antara yang I beli. baju keje, untuk Maira , untuk Lihin, seluar Ocin




Mostly orang akan carik barang rare, barang branded yang oldschool semua lah dari bundle. I tak heran lah semua tu.I selalu cari baju keje. as long baju tu boleh fit, takde cacat cela and tak nampak macam zaman 60'an, I rembat jelah.

Al-kisah I start dengan baju bundle ni masa I pregnant Solihin. Perut I kan kecik. dah nak masuk 8 bulan tetiba terjojol. I mean, I really need bigger clothes!!!!. Masa tu I memang ada financial problem, kerja freelance je. gila kau mana nak sebat duit beli baju mengandung. Mahal okay sehelai RM 80++ and of course I will need few pieces. Last last mak I cakap carik lah kat bundle. I macam err.

First time masuk jakun lah I, semua RM 5. seriously. and banyak orang asing -,- I kekonon taknaklah fashion I sama dengan dorang kahkahkah. tapi bila pikir balik, macam lah takde orang asing yang beli kat KLCC, cleaner pun shopping MNG tau. so okay je lah. lagipun I tahu I cantik dari depa. kahkahkah. okay bai

sampai lah sekarang, bila terasa nak pergi je I pun jengah lah bundle, but now ada GST lam jadi RM 5.30. husband I suka carik T-shit Yonex, tu kan oldschool punya brand. berjam-jam okay kalau dia dah masuk. I ada belikan Solihin, Maira pun ada. comel je anak anak I pakai, sebab depa memang comey lotte macam Mommy . hiks.

ni ha, comel tak anak iolls. baju bundle lettew. 


Tapi I tahu ada yang belum pakai, baru dengar baju second hand dah geli geleman kan, sebab baju terpakai. ada yang takut baju orang berpenyakit kulit lah, baju orang mati lah, baju orang mabuk, orang minum arak lah -,- so yang geli teruskan kegelian anda lah, I bukan spokesperson bundle pun. I cuma share experience je . jangan cakap pompuan yang suka make up, lembut lembut gedik gedik macam I tak reti masuk bundle ye. kihkihkih. and takyahla buat muka taik ayam kalau I cakap anak anak I pakai baju bundle. I tau jaga kebersihan , of course I rendam air panas (read: mak I yang rendam, I is busy) and of course pilihan I baju yang masih elok. takkan I nak bagi baju berlubang lubang kat anak I kot. ceh. takdelah sebab orang pandang pelik sangat bila I cakap Maira pakai baju bundle. hadoi nanti dah ada duit sendiri lantak pi depa la nak pakai jeans harga RM3k pun, janji jangan lupa bagi duit kat Mommy . hewhewhew.

Comments

  1. Salam, hish xbaik betul customer tu...kot ye tak berkenan, xyahlah ckp buruk...kecik hati penjual..i pun tgk okayyyy je semua tu, colorful je mcm baru lagi haa....
    btw, i mmg suka g bundle..berejam duk bundle sbb nak pilih baju..amek 5 helai pun tak sampai Rm20..hahaha..sbb ade baju cntik rege Rm3 je..suka gila!! smpai i ade buat tips klw nak beli baju kat bundle camne...hahaha http://lynndamya.blogspot.my/2014/10/tips-beli-pakaian-di-kedai-bundle.html

    ReplyDelete
  2. hai dear!!! lama tak dengar khabar.... rindu rindu rindu... nasib baik lahai singgah blog ai baru tau u ada blog baru. jenuh ai marathon dari beginning tau.

    ahhh dah lama sangat rasa (padahal baru 3thn) sejak kahwin tak pergi dah membeli di bundle...
    okay bukan nak berlagak ke apa... sebab bukan setakat bundle, kedai2 baju biasa yang mahal ke tak mahal ke semua ai tak pergi dah... kehkehkeh
    pakai baju yang mana ada je..... faktor ai iz bizi gituuuu...
    padahal.....
    tapi teringin jugak nak pergi tapi..... baju banyak dah, nanti kena bebel *down... nyorok tepi dinding*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu