Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

lelaki pukul perempuan?

Assalamualaikum W.B.T

hari tu ada keluar berita video yang suami pukul isteri tu. and now pun timbul kat newsfeed I. kenapa ye? curious nak tahu. komen ramai yang 'membinatangkan' lelaki tu. tapi ada jugak yang cakap kita taktahu apa apa , jangan main cakap. hal rumah tangga orang. kita tak tahu, jatuh hukum fitnah.

tapi .. bab pukul ni. isk

okay lupakan mamat tu. tengok video ni mengingatkan I pasal jantan kaki pukul. dah nama pun jantan kan haiyoo. I taktahu lah sepanjang zaman percintaan memang I asyik dapat kaki pukul je. T_T konon niat nak menjaga. tapi the worst part I'm willing to stay. hahha bodoh kan. yelah zaman kanak kanak riang. konon cinta sehidup semati. kalau tau gua nak jumpa orang lain, mau nya aku ludah ludahkan je muka jantan jantan tu. err berani ke? question mark

Ada yang pukul I sebab I keluar malam. eh I bukan clubbing. cuma lepak kat taman/ mamak dengan POMPUAN. ada yang kata I biadab errr entah lah. ada yang jeles . padahal I dah cakap

 'WE ARE OVER, LET JUST BE FRIEND'

dia tak paham ke. grammar I teruk sangat ke. pastu bila dia nampak I kawan dengan laki lain / baca mesej dia pegi tampo I

"you curang dengan I kan?"

ahh animal lah you -___- acah acah ganas, padahal anak mak. ko ngan bapak ko sama tak betul. nasib bukan jodoh kita . ahhahaha

tapi masa dengan dia , I dah gagah sikit. I berkeras takkan kembali bersama. mampuih takkan. sebab I memang takde rasa cintan kat dia, second sebab I tak suka family dia, and sebab dia pukul I la. biadab. 

oleh itu, dengan ini I nak memesan kepada semua kawan kawan sebaya/ bawah umur / akak akak atau sesapa yang sedang mencari pasangan hidup; jangan lah amek risiko untuk bersama dengan kaki pukul

ye betul people change. tapi orang kalau panas baran ni susah betul nak hilangkan. wuduk? ada je yang solat tak tinggal, end up pukul anak bini. tiang tak kukuh lagi lah tu. 

betul ada je boleh berubah. macam orang curang lah. dah main dengan 18 pompuan lain masa wife boyot pun, boleh je berubah. dia akan jadi manusia paling setia di muka bumi. tapi berapa kerat je kan? ikut nasiblah. kalau rela nak tadah muka, tadah nasib. silalah

lelaki, kalau tak suka pulangkanlah. betul, ada yang pukul sebab kesalahan perempuan sendiri. kawan I kena pukul sebab curang. bodoh dah kawen pegi curang. jadah sungguh. tapi daripada naik tangan, kan baik naik mahkamah terus. lafaz. senang. eh cakap senang lah kan.

apa apa pun, ingat ni


ingat tu. tapi sama je. ada jugak lelaki yang lembik. pastu pompuan pulak carut carut and pukul lelaki. errr jadi mari kita bijak memilih. pengguna yang bijak, pasangan yang bijak. kalau masih bercinta, dia pukul pukul , lari je. bukan rugi apa pun. lainlah pasangan korang dah hutang Ah Long pakai address umah korang, sila fikir 10x untuk memutuskan perhubungan yang erat itu ye :D

Comments

  1. Salam, hmmm...i pun xsuka lah lelaki jenis kaki pukul camni...takut kot...camne lah u mase couple dgn lelaki2 camtu ek? Tabah betul...hahaha skg ni Alhamdulillah, dpt yg baik...tp tu lah, people's change...hope yg baik tak berubah jd jahat..tu je..wuwu risau

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu