Skip to main content

Kediaman Impian Dengan Harga Mampu Milik Di Laman Sendayan 2

Lihin warded- Mommy learnt something new

Morning korang!


semalam I cuti babysit bebudak tu. nasib baiklah semua okay. kalau tak I nak MC tekanan perasaan hari ni. bukan I sorang, siap import kazen I lagi. dia pun siap bawak bekal air teh la burger la dia imagine bebudak ni hyper snagat sampai tak boleh bergerak, rupanya dia kata baik sangat. yela, sebab ada orang luar memang la dorang segan sikit. Maira tu pun, semalam cebok elok je. kalau dengan my parents , satu kaki kat sini, satu lagi sibuk nak kait itu ini -___- 

everything goes well sampailah malam. I think around 11pm kot. My mom tengah masak tomyam for my bekal, I dalam toilet tengah huha. my dad jaga Maira, Ocin dah lelap dalam bilik. I keluar je toilet nampak Lihin atas meja makan. tau tak dia buat apa? dia amek mee goreng and masukkan dalam teapot yang mak I baru buat teh -___- I bagitahu my mom, dia taklah marah tapi non stop bebel. mak I memang kuat bebel . I tak heran kalau kena pukul, tapi kalau kena bebel I nangis sebab tak tahan telinga hahaah.

Pastu Ocin dengar dah kecoh, mulalah naik temperature dia. dia kejar Lihin. si budak tu ingat nak main lah kot, dia lagi lah nak acan kita. dia gelak gelak macam mana entah jatuh terlentang and terhentak kepala. Ocin tu bukan pikir apa dia bantai kaki budak tu. Lihin nangis and start muntah. ingat dah stop, Ocin lagi ngamuk sebab dia anggap Lihin buat buat muntah je . memang dia ada perangai buat buat muntah tapi I rasa semalam genuine je.

lagi dia uwek, lagi Ocin piat telinga la apa lah. tambah budak tu nangis. My dad sibuk bersihkan muntah, mak I dukung Maira sebab dia melalak. I? I terpacak. I nak selamatkan Lihin tapi confirm dengan I kena terajang macam dalam tv haiyooo. 2x dia muntah berlambak. Ocin terus tidur. 

Mak I cakap lah dulu Lihin penah jatuh (masa baby) and doc cakap kalau jatuh kita kena tengok 3 benda

1)muntah
                              2) demam (suhu tetiba naik)
                3) mata jadi ke atas

note: masa cuci muntah, dia ada nangis sambil cakap "akit mata, mata mata", dia kan pelat and cakap pun tak betul so I assume dia tetiba sakit mata

I dah gelabah tapi nak bawak klinik mana. 24 hours cuma Mediviron and Idham je. pastu pikir balik nak bawak spital lah. I takut jugak nak bawak bahagian Emergency kang kena halau. masa tu Maira belum tidur, so I jaga dia . parents I yang bawak

I dok tunggu lama gila sampai nak dekak pukul 2am, my mom call. katanya doc tak bagi balik. suh dok Emergency Ward untuk observation sebab takut ada apa apa efek lepas tu. dia suruh tunggu 5am. I dah start dup dap lah. I prepare susu/diaper dengan air masak , suh Ocin hantar ke hospital.

Time tu jugaklah Maira nak berak -_____- padan lah dah minum susu berapa kali still taknak tidur. ujian betul lah hari ni weiii. korang tau kan I ni penggeli sikit nak cebok anak. so please remind me when Im old, kalau anak anak I geli nak cebok I, pesan kan I jangan emosi. dorang cuma ikut keturunan. hahahah

I nak kesat dengan wet tissue macam kesian je. so I heret dia pegi toilet, bukak heater and cebok. seriously dia baik sangat. I risau kalau dia mengeliat sana sini confirm tergolek sebab dia bukannya boleh berdiri stable. tapi dia tak gerak pun. dia tegak and sandar kat I. dia pun blur agaknya  ahahha entah entah dia tak percaya kat I,"betul ke Mommy buat ni?"

bangga gila I dapat cebokkan dia. bila Ocin balik I cerita dia gelak gelak je. takde lah I kan takleh angkat berat sebab czer pastu sekarang I buncit pulak. sakit okay perut nak angkat 10kg+. Lihin lagilah I tak pernah dukung. Oh Ocin nak tunggu Lihin, mak suh dia balik. sebab Mak risau apa nasib Maira dengan I. >,<

I lelap tapi tak lena, kejap tersedar tengok jam. 5.40am I call Mak, rupanya dah sampai bawah tengah parking. bukan apa , I takut beratus je. tau berapa? RM 3.50 -___- okay I nak gelak murah gila. Tapi syukurlah semua okay. Lihin pun dapat susu terus tidur. semua layan dia borak, like I told ya, I seronok gila kat spital Ampang semua baik je. ada lah 1,2 yang tergeliat but I think its normal. kat mana mana institution pun akan ada kan? hehehe

Ocin suka amek mudah semua benda. tapi entahlah I di ajar untuk macam tu kot. masa kecik I selalu demam panas sampai meracau , mata pun naik ke atas. parents I trauma kot, bila demam je memang bawak Tawakal . masa tu mana wujud klinik 24 jam, hosp Ampang pun takde. tu kira dekat lah kot. sebab tu masa memula dapat Lihin, semua benda I nak refer specialist. I nak doc check betul betul. sekarang ni baru lah okay, kalau demam tak panas sangat, bawak klinik 1 Malaysia je. lagipun dia dah 2 tahun so banyak jenis ubat dah boleh makan. Maira still lagi kena bawak doc kanak kanak.tapi kalau diarrhoe which I take it very serious, memang I akan bawah specialist atau spital je. 

Sambil type entry ni I Google la pasal anak jatuh terlentang. ramai jugak ada experience macam ni. 




nampak tak betapa bahayanya muntah selepas terjatuh? bab kabur , hilang ingatan semua tu agak susah untuk budak baya Lihin, dia tak pandai cakap dengan jelas, macam maan nak tahu semua tu. so I rasa muntah je lah sign yang paling clear sekali

so 16/3/16 ni memang mengajar Mommy banyak benda, antaranya;

1) CEBOK MAIRA
2) jatuh terlentang bukan benda remeh. sila ambil perhatian
3) baran kat anak tak bawa apa apa makna okay. budak memang nakal, ye bukan semua. Mommy baik pemalu pendiam tetiba anak memanjat sana sini. tapi kalau dia dah buat benda pelik pelik, kita cincang dia pun dia takkan amek pengajaran tu. dia cuma tau main. teringat Mommy selalu marah Lihin bila dia jatuhkan phone Mommy.kalau lah gantikan Lihin dengan iPhone Gold 999 sekalipun, takkan sama tau. Nanny keluarkan kata kata azimat semalam

" ko bunuh budak tu pun, dia tetap sama. nakal lasak hyper tetap sama. jangan nanti dah jadi apa apa, baru nak menyesal.anak tak boleh ditukar ganti. orang lain berusaha menatang anak, jangan sebab senang dapat, sesenang jugak nak tengking/pukul dia. dia ada hati perasaan"

okay sambil type sambil bergenang air mata. 

Penjelasan ayat diulang sebanyak 31 kali dalam Al-Quran.surah Ar-Rahman.

Dari dulu I terpegun baca Ayat ni. baru kali ni I mendalaminya



entry emosi. Mommy ber-emosi

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....