Hi korang, kita bertemu lagi dalam scheduled entry. gtew
I nak share resepi simple dalam dunia ni.
dulu dalam blog lama I ada cerita kan I kerja cooking demo. alaa I promote double sided pan actually. ni sebelum wujud Pemanggang Ajaib kot. brand dari Korea. so boss I selalu bekalkan ayam , untuk di bakar dan di demo
perap ayam senang je, sambil selfie pun boleh buat
Bahan Perapan ( at least 30min before)
Sos Hoisin
Halia
Blackpepper
Cara-Cara
Lumur sos ke keseluruhan ayam. halia tu hiris macam wedges pastu selit lah kat celah ayam atau di mana mana je lah. yelah ada orang suka ratah halia begitu sahaja.
Kalau korang bakar sekor ayam, memang dah penuh dah double sided pan tu. tapi kalau bakar half je, ada space lagi. boleh lah letak potato sekali. jagung pun boleh. nak tabur blackpepper pun boleh. ikut cita rasa. I bagi basic je . ni pun dah sedap
Masa bergantung pada api/suhu kita lah. I pakai api slow. Boss I dah SMS awal awal remind suruh pakai api slow , so lambat habis. hahah tapi orang tak paham. dorang ingat I pemalas atau tak tahu buat. kena tengking sekali baru diam kau. rimas betul lah orang jaga hal orang ni
bau sedap. 1 department boleh bau. dalam aircond pulak kan. tapi masa demo tu boss I suruh sorok Hoisin Sauce ni. so bila orang tanya cakap pakai ginger je. hahaha tak baik tau boss ajar I menipu =p eh bukan tipu. tu rahsia dalam masakan.
I teringat ada sorang budak kecik, sekolah rendah kot. dia eksaited suruh mak dia beli. mak dia pun okay je. sebab I rasa touched sangat I pesan kat dia
"you kalau nak marinate boleh lah campur apa apa sos, BBQ ke Hoisin ke so rasa dia akan lagi sedap"
tak sampai hati oi kang dia balik letak ginger je apa pun tak jadi kan.
Nanti I pun nak try balik lah
btw ni lah Hoisin Sauce tu :) |
Comments
Post a Comment